More

    ASUS TUF Gaming F16, A16 dan A14 dengan RTX 50 kini ditawarkan di Malaysia, harga bermula RM5,999

    ASUS Malaysia baru-baru ini telah mengumumkan pelancaran rasmi siri komputer riba TUF Gaming baharu untuk tahun 2025 yang kini dikuasakan oleh GPU NVIDIA GeForce RTX 50-series. Barisan ini merangkumi model F16, A16 dan A14 dengan penekanan kepada prestasi tinggi, ketahanan gred tentera serta ciri reka bentuk yang lebih nipis dan moden.

    TUF Gaming F16 dan A16 hadir dengan pilihan pemproses berkuasa iaitu Intel Core i7-14650HX untuk F16 dan AMD Ryzen 9 8940HX untuk A16, dipadankan dengan kad grafik RTX 5070. Kedua-duanya turut menampilkan paparan 16 inci beresolusi tinggi dengan kadar segar semula 144Hz serta memori 16GB DDR5 dan storan PCIe Gen 4 sebanyak 1TB dengan pilihan untuk dinaik taraf.

    Model TUF Gaming A14 pula menyasarkan pengguna yang mahukan prestasi tinggi dalam bentuk yang mudah dibawa. Ia hanya seberat 1.46kg dan setebal 1.69cm tetapi masih dilengkapi dengan kad grafik RTX 5060 serta cip pemproses AMD Ryzen AI 7 350 yang menyokong prestasi AI sehingga 50 TOPS. Skrin pula bersaiz 14 inci dengan kadar segar semula 165Hz.

    Meskipun saiznya kompak, A14 dilengkapi dengan RAM 32GB LPDDR5X serta storan SSD 1TB. Kesemua model TUF Gaming baharu ini sudah mula dijual di pasaran Malaysia dengan harga bermula dari RM5,999 untuk varian asas F16, RM6,499 bagi F16 versi lebih tinggi, RM7,299 untuk A16, dan RM7,499 bagi model A14.

    ModelPemproses (CPU)Kad Grafik (GPU)PaparanRAMStoranBateri & PengecasHarga
    ASUS TUF Gaming A14 (FA401K-MRG025W)AMD Ryzen™ AI 7 350NVIDIA GeForce RTX 5060 8GB GDDR714” WQXGA (2560 x 1600), 165Hz, 16:1032GB LPDDR5X1TB PCIe 4.0 SSD73Wh / 200WRM7,499
    ASUS TUF Gaming A16 (FA608P-PQT053W)AMD Ryzen™ 9 8940HXNVIDIA GeForce RTX 5070 8GB GDDR716” WQXGA (2560 x 1600), 165Hz, 16:1016GB DDR5-52001TB PCIe 4.0 SSD90Wh / 280WRM7,299
    ASUS TUF Gaming F16 (FX608J-MRRV058W)Intel Core i7-14650HXNVIDIA GeForce RTX 5060 8GB GDDR716” WUXGA (1920 x 1200), 165Hz, 16:1016GB DDR5-52001TB PCIe 4.0 SSD90Wh / 280WRM6,499
    ASUS TUF Gaming F16 (FX608J-MRV040W)Intel Core i5-13450HXNVIDIA GeForce RTX 5060 8GB GDDR716” WUXGA (1920 x 1200), 165Hz, 16:1016GB DDR5-5200512GB PCIe 4.0 SSD90Wh / 280WRM5,999

    Setiap pembelian juga disertakan dengan beg galas TUF. Untuk maklumat lanjut dan pembelian, pengguna boleh mengunjungi kedai dalam talian rasmi ASUS Malaysia serta saluran media sosial mereka. Kongsi pendapat anda di Facebook kami tentang berita ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    MediaTek Helio G99+ diperkenal untuk peranti mampu milik dengan RAM LPDDR5X

    MediaTek secara rasmi menyenaraikan pemproses cip 4G baharu iaitu Helio G99+ pada laman web rasmi mereka. Langkah ini diambil bagi memastikan kelangsungan...

    HUAWEI Pura X View dilancar dengan skrin lebar 16:9.5, bateri 7,000mAh dan kamera 200MP...

    HUAWEI secara rasmi mengumumkan harga dan ketersediaan HUAWEI Pura X View selepas memperkenalkannya secara ringkas bulan lalu. HUAWEI Pura X View menampilkan...

    Xiaomi 18 Fold tiba dengan reka bentuk “Mid-Fold”, cip XRING O3 dan RAM LPDDR6

    Xiaomi melancarkan telefon pintar lipat terbaharu Xiaomi 18 Fold di China yang menampilkan rekaan yang dinamakan sebagai "mid-fold" iaitu gabungan saiz antara...

    Acer lancar monitor Predator, Nitro dan ProDesigner baharu Untuk ‘gaming’ & kreativiti

    Acer memperkenalkan barisan monitor terbaharu merangkumi portfolio Predator, Acer Nitro dan Acer ProDesigner dengan fokus kepada permainan berprestasi tinggi serta penciptaan kandungan. Barisan...

    Acer Vero 16 kini lebih mudah dibaiki, lengkap dengan kuasa AI dan paparan OLED

    Acer memperkenalkan Acer Vero 16 (V16-I71 / V16-I71T), komputer riba premium generasi keempat dalam siri Vero yang menggabungkan prestasi moden dengan pendekatan lebih...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...