More

    ASUS TUF Gaming T500 rasmi di Malaysia dengan RTX 5060 Ti, harga bermula RM3,899

    ASUS Malaysia baru-baru ini telah melancarkan TUF Gaming T500 iaitu sebuah desktop gaming kompak yang menawarkan prestasi hebat untuk peminat esports dan game AAA. Dikuasakan sehingga Intel Core i7-13620H dan NVIDIA GeForce RTX 5060 Ti, desktop bersaiz 15 liter ini direka dengan sentuhan estetik mecha anime lengkap dengan pencahayaan kuning dan panel sisi lutsinar.

    Model tertinggi T500 hadir dengan RAM DDR5 5200MHz 16GB, storan SSD PCIe 4.0 1TB dan dibina mengikut piawaian ketenteraan MIL-STD-810H yang memberikan jaminan ketahanan terhadap suhu ekstrem, getaran dan hentakan.

    GPU RTX 5060 Ti generasi baharu ini menyokong DLSS 4, Ray Reconstruction dan Multi Frame Generation untuk grafik lebih realistik dan lancar. ASUS turut menawarkan model alternatif yang lebih mampu milik dengan menggunakan cipset Intel Core i5-13420H, GPU RTX 3050, RAM 16GB dan storan SSD 512GB.

    Kedua-dua varian tersedia sekarang di pasaran Malaysia dengan harga rasmi:

    • RM6,999 (i7 + RTX 5060 Ti)
    • RM3,899 (i5 + RTX 3050)

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan TUF Gaming T500 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured