More

    ASUS umumkan ROG Swift PG42UQ, monitor “gaming” OLED 42” pertama di dunia

    ASUS bersedia untuk CES 2022 tahun ini dan mempunyai penyenaraian produk gaming yang lengkap termasuk sebuah monitor gaming ROG Swift PG42UQ. Menurut ASUS, ini adalah monitor gaming OLED pertama di dunia dalam saiz 42 inci dengan menggunakan hasil binaan mereka.

    Sudah tentu ROG Swift PG42UQ bukan satu-satunya monitor yang diperkenalkan oleh ASUS. Ia juga menawarkan monitor yang sama ini dalam saiz lain yang lebih besar. Ia juga mempunyai monitor baharu yang digunakan khas dalam bidang e-Sukan iaitu monitor ROG Swift 360Hz PG27AQN NVIDIA G-Sync.

    Jika saiz paparan 42 inci tidak cukup untuk anda, ASUS menyediakan pilihan skrin bersaiz 48 inci. Walaupun berbeza daripada segi saiz, kedua-duanya menawarkan kebanyakan spesifikasi yang sama. Ia mempunyai visual 4K dengan kadar segar semula 120Hz serta masa tindak balas 0.1 ms dan warna 10-bit.

    Selain itu, ia juga mempunyai port HDMI 2.1 dan HDMI 2.0. Ini bermakna anda boleh menggunakan monitor tersebut bersama PS5 dan Xbox Series X dengan memanfaatkan sepenuhnya ciri yang ditawarkan oleh konsol itu. Selain itu, terdapat sokongan DisplayPort 1.4 dan hab USB.

    Berkenaan dengan monitor e-Sukan, ia mempunyai kadar penyegaran 360Hz menjadikannya sempurna untuk pemain pro di kejohanan atau penstrim yang bermain di peringkat tinggi. Di samping itu, ia adalah panel 27 inci dengan resolusi 1440p dan terdapat Penganalisis Refleks NVIDIA (NVIDIA Reflex Analyzer) untuk memantau sambungan sistem hujung-ke-hujung.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...