More

    ASUS VivoBook 14 diumum di Malaysia: Intel 10th Gen dan SSD 512GB berharga RM2,899

    ASUS Malaysia kini telah mengumumkan VivoBook 14 di pasaran Malaysia. Komputer riba kompak ini dilengkapi penawaran spesifikasi terkini seperti Intel 10th Gen Core i5, SSD 512GB dan banyak lagi pada harga RM2,899. Lebih menarik, terdapat tawaran promosi jika anda membelinya pada tempoh artikel ini ditulis.

    Sepintas lalu, VivoBook 14 dilengkapi pemproses Intel 10th Gen Core i5, grafik NVIDIA GeForce MX330, paparan FHD 14 inci, RAM 4GB dan bateri 42Wh. Ia turut hadir dengan port I/O USB 3.2 Gen 1 Type-A, USB 3.2 Gen 1 Type-C, 2x USB2.0, HDMI 1.4, bicu audio 3.5mm dan pembaca kad mikroSD. Untuk lebih spesifikasi, anda boleh ke pautan rasmi VivoBook 14.

    Jika anda membeli VivoBook 14 sama ada di Lazada atau Shopee bermula 21 September hingga 27 September 2020, anda layak mendapat baucar Grab Food percuma (jumlah terhad).

    Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi dan pelancaran gajet terkini di Malaysia.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured