More

    ASUS vivobook 14 Flip dan 16 Flip rasmi di Malaysia dengan Intel Core Ultra 7 (Siri 2) AI, bermula RM5,999

    ASUS telah melancarkan barisan laptop AI terbaharunya di Malaysia dengan Vivobook 14 Flip (TP3407) dan Vivobook 16 Flip (TP3607). Ia akan mula dijual pada 7 Mac 2025 dengan harga permulaan RM5,999. Vivobook 14 Flip dan 16 Flip hadir dengan engsel 360° yang membolehkan peralihan antara pelbagai mod termasuk mod ‘khemah’, tablet, berdiri dan komputer riba.

    Selain itu, peranti ini turut dilengkapi dengan skrin sentuh OLED dan ASUS Pen 2.0 yang membolehkan pengguna membuat lakaran, catatan dan berkarya dengan lebih mudah. Daripada segi sambungan, komputer riba ini menawarkan pelbagai pilihan port I/O termasuk Thunderbolt 4, USB 3.2 Gen 2 Type-C, USB 3.2 Gen 1 Type-A, HDMI 2.1 serta pembaca kad MicroSD.

    Vivobook 14 Flip dan 16 Flip dikuasakan oleh pemproses Intel Core Ultra 7 (Siri 2) terbaharu dengan memori LPDDR5X sehingga 32GB. Cip ini turut mengintegrasikan Unit Pemprosesan Neural (NPU) dengan Intel AI Boost yang mampu mencapai sehingga 47 TOPS dan secara tidak langsung membolehkan fungsi AI yang lebih cekap.

    ASUS juga menyatakan bahawa gabungan teras prestasi (P-cores) dan teras kecekapan (E-cores) dapat meningkatkan kecekapan penggunaan kuasa sehingga 40%. Laptop ini juga dilengkapi dengan bateri berkapasiti tinggi sehingga 75Wh yang mampu memberikan sehingga 28 jam tontonan video untuk sekali pengecasan penuh.

    Pengguna boleh memilih antara skrin OLED FHD+ 14 inci atau skrin OLED 3K 16 inci dengan kedua-duanya menawarkan nisbah aspek 16:10, kadar segar semula sehingga 120Hz, masa tindak balas 0.2 milisaat, gamut warna 100% DCI-P3 dan kecerahan puncak sehingga 500 nits.

    ASUS Vivobook 14 Flip (TP3407) dijual pada harga RM5,999 dan Vivobook 16 Flip (TP3607) pula berharga RM6,099. Ia boleh didapati di semua pengedar sah ASUS di Malaysia. Untuk maklumat lanjut, pengguna boleh melayari laman rasmi ASUS atau kunjungi pengedar terdekat.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan komputer riba ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...