More

    ASUS Vivobook S 14 dilancar di Malaysia: Komputer Copilot+ dengan Intel Core Ultra Series 2 berharga RM4,799

    ASUS Malaysia hari ini melancarkan komputer riba baharu yang dilengkapi teknologi AI Copilot+ iaitu ASUS Vivobook S 14 (S5406SA). Ia merupakan sebuah komputer kompak dengan skrin berukuran 14 inci, ketebalan 1.39cm dan berat 1.3kg sahaja.

    Skrinnya menggunakan panel ASUS Lumina OLED berukuran 14 inci dengan resolusi WUXGA (1920×1200), nisbah aspek 16:10, kadar segar semula 60Hz, gamut warna DCI-P3 100% dan pengiktirafan DisplayHDRâ„¢ True Black 600 untuk penghasilan warna yang cantik. Ia juga mempunyai ciri-ciri perlindungan mata oleh TÜV Rheinland, serta boleh dibuka sehingga 180°.

    Komputer dengan pengiktirafan Evo ini dilengkapi pemproses Intel Core Ultra (Series 2) dengan TDP 35W dan unit pemprosesan neural (NPU) 47TOPS yang menyediakan prestasi pantas untuk kegunaan AI. Ia juga dilengkapi storan SSD PCIe® 4.0 sehingga 1TB dan RAM LPDDR5Xsehingga 32GB.

    Papan kekuncinya mempunyai cahaya RGB yang boleh dilaras menggunakan Windows Dynamic Lighting, manakala setiap kekuncinya boleh ditaip tanpa menghasilkan bunyi yang kuat, hasil daripada mekanisme scissor-key. Sebagai komputer yang mengutamakan kegunaan AI, terdapat kekunci Copilot khas untuk mengakses segala alatan AI yang disediakan oleh Windows.

    Untuk hayat bateri, ASUS mengatakan ia boleh bertahan sehingga 27 jam. Berikut adalah spesifikasi penuh untuk ASUS Vivobook S 14 (S5406SA):

    • Skrin OLED 14 inci, resolusi 1920×1200, nisbah aspek 16:10, kadar 60Hz, kecerahan HDR sehingga 600 nits, gamut warna DCI-P3 100%
    • CPU Intel® Coreâ„¢ Ultra 5 Processor 226V atau Ultra 7 Processor 258V
    • Sistem operasi Windows 11 Home
    • Intel Arc Graphics
    • RAM LPDDR5X-8533 sehingga 32GB
    • Storan SSD M.2 NVMe® PCIe® sehingga 1TB
    • Menyokong hubungan WiFi 7, Bluetooth 5.4
    • Webcam Full HD IR dengan penutup (shutter)
    • I/O: 2x USB 3.2 Gen 1 Type-A, 2x Thunderboltâ„¢ 4, 1x HDMI 2.1, bicu audio 3.5mm, pembaca kad microSD
    • Papan kekunci RGB 1 zon dengan numpad
    • Pad sentuh berketepatan tinggi
    • Pembesar suara dan mikrofon dengan pengiktirafan Harman Kardon
    • Bateri 75Wh
    • Pengecas AC 65W
    • Ukuran 31.05 x 22.19 x 1.39 ~ 1.59cm, berat 1.3kg
    • Harga:
      • (CU5+16GB+512GB): RM4,799
      • (CU7+32GB+1TB): RM5,299

    Komputer ini akan mula dijual di Malaysia bermula Januari 2025, layari laman web ASUS Malaysia untuk maklumat lanjut mengenainya. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured