More

    ASUS Vivovook S 16 dan S 14 dilancar di Malaysia: Dilengkapi AMD Ryzen AI 300 Series, bermula RM5,299

    ASUS Malaysia baru-baru ini memperkenalkan dua produk baharu dalam rangkaian Vivobook S Series iaitu ASUS Vivobook S 16 (M5606W) dan ASUS Vivobook S 14 (M5406W). Kedua-duanya dilengkapi pemproses AMD Ryzen AI 300 Series “Strix Point” untuk prestasi AI Copilot+ pantas dan paparan ASUS Lumina OLED untuk penghasilan imej yang cantik.

    Pemproses AMD Ryzen AI 300 Series mampu menjana prestasi NPU sehingga 50 TOPS untuk pelbagai fungsi AI Copilot dalam Windows 11 serta aplikasi ASUS StoryCube yang boleh mengurus semua aset digital anda seperti menyusun, menyunting dan mengeksport fail asal.

    Antara fungsi Copilot+ PC AI yang akan ditawarkan termasuklah Live Captions (untuk sarikata yang tepat dalam video), Cocreator (untuk menghasilkan karya seni AI), Windows Studio Effects (untuk meningkatkan kualiti panggilan video) dan Automatic Super Resolution (untuk meningkatkan kualiti gaming).

    Skrinnya menggunakan panel ASUS Lumina OLED dengan nisbah aspek 16:10, kadar segar semula 120Hz dan gamut warna DCI-P3 100% untuk penghasilan imej yang cantik. Ia turut mempunyai pengiktirafan VESA DisplayHDR True Black dan penjagaan mata TÜV Rheinland.

    Papan kekuncinya menggunakan ASUS ErgoSense RGB yang boleh menghasilkan pelbagai warna untuk dipadankan dengan kegemaran anda. Ia mempunyai mekanisme scissor-key untuk pengalaman menaip yang senyap, key pitch 19.05mm, keycap dish 0.2mm dan key travel 1.7mm.

    Baterinya berkapasiti 75 Wh dan boleh bertahan sehingga 17 jam, serta boleh dicas melalui port USB-C dengan pengecasan pantas 90W. Sistem penyejukannya pula menggunakan ASUS IceCool yang terdiri daripada dua paip haba, dua kipas IceBlade dengan 97 bilah dan dua lohong pengudaraan bagi mengekalkan suhu komputer pada tahap optimum.

    Berikut adalah spesifikasi penuh untuk dua komputer ini:

    ASUS Vivobook S 14 (M5406)

    • Pemproses AMD Ryzen AI 9 365
    • Skrin ASUS Lumina OLED 14″, resolusi 3K (2880×1800), kadar 120Hz, kecerahan puncak 600 nits, gamut warna DCI-P3 100%, pengiktirafan DisplayHDR True Black 600, nisbah skrin-ke-badan 87%
    • Sistem operasi Windows 11 Home dengan Copilot, disertakan dengan Microsoft Home & Student 2021 serta langganan Microsoft 365 Basic selama setahun dengan storan awanan 100GB
    • GPU AMD Radeon 880M
    • RAM LPDDR5X-7500 24GB
    • Storan SSD PCIe® Gen 4 512GB
    • WiFi 6E, Bluetooth 5.2
    • Webcam Full HD IR dengan ASUS AiSense, Windows Studio Effects
    • I/O: 1x USB4, 1x USB-C 3.2 Gen 1, 2x USB-A 3.2 Gen 1, 1x HDMI 2.1, 1x pengimbas kad microSD, 1x bicu audio
    • Papan kekunci ASUS ErgoSense dengan RGB
    • Pad penjejak ASUS ErgoSense 129x84mm
    • Pembesar suara Harman Kardon, Dolby Atmos
    • Bateri 75 Wh, boleh bertahan sehingga 17 jam
    • Menyokong kadar pengecasa 90W
    • Ukuran 310.5 x 221.9 x 13.9~15.9mm, berat 1.3kg
    • Pilihan warna Cool Silver dan Neutral Black
    • Harga: RM5,299

    ASUS Vivobook S 16 (M5606W)

    • Pemproses AMD Ryzen AI 9 365
    • Skrin ASUS Lumina OLED 16″, resolusi 3K (3200×2000), kadar 120Hz, kecerahan puncak 600 nits, gamut warna DCI-P3 100%, pengiktirafan DisplayHDR True Black 600, nisbah skrin-ke-badan 89%
    • Sistem operasi Windows 11 Home dengan Copilot, disertakan dengan Microsoft Home & Student 2021 serta langganan Microsoft 365 Basic selama setahun dengan storan awanan 100GB
    • GPU AMD Radeon 880M
    • RAM LPDDR5X-7500 24GB
    • Storan SSD PCIe® Gen 4 512GB
    • WiFi 6E, Bluetooth 5.2
    • Webcam Full HD IR dengan ASUS AiSense, Windows Studio Effects
    • I/O: 1x USB4, 1x USB-C 3.2 Gen 1, 2x USB-A 3.2 Gen 1, 1x HDMI 2.1, 1x pengimbas kad microSD, 1x bicu audio
    • Papan kekunci ASUS ErgoSense dengan RGB
    • Pad penjejak ASUS ErgoSense 150x99mm
    • Pembesar suara Harman Kardon, Dolby Atmos
    • Bateri 75 Wh, boleh bertahan sehingga 17 jam
    • Menyokong kadar pengecasa 90W
    • Ukuran 353.7 x 247 x 13.9~15.9 mm, berat 1.5kg
    • Pilihan warna Cool Silver dan Neutral Black
    • Harga: RM5,499

    Layari laman web ASUS Malaysia untuk maklumat lanjut mengenai Vivobook S 16 dan Vivobook S 14. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    Google jenama semula NotebookLM kepada Gemini Notebook

    Google secara rasmi menukar nama perkhidmatan NotebookLM kepada Gemini Notebook. Langkah ini dibuat susulan perkembangan pesat perkhidmatan tersebut yang kini digunakan oleh...

    OpenAI lancar Codex Micro — Pad kekunci fizikal untuk kawal ejen AI

    OpenAI secara rasminya melangkah ke pasaran perkakasan dengan pengenalan Codex Micro iaitu sebuah pad kekunci makro boleh atur cara. Peranti ini dibangunkan...

    Samsung kini pra-pasang Amazon Music pada jutaan peranti Galaxy

    Samsung secara rasmi mengumumkan kerjasama strategik bersama Amazon Music bagi membawa aplikasi berkenaan ke dalam ekosistem Galaxy. Melalui langkah ini, aplikasi Amazon...

    Siri Redmi Note 17 dilancar dengan bateri sehingga 9,000mAh dan ketahanan “flagship” bermula ~RM782

    Xiaomi secara rasmi memperkenalkan siri Redmi Note 17 untuk pasaran China yang memfokuskan kepada peningkatan kapasiti bateri berbanding model terdahulu. Redmi Note...

    Spotify ada AI sendiri? Kini boleh sembang dan minta lagu guna suara

    Spotify secara rasmi memperkenalkan ciri Talk to Spotify yang membolehkan pengguna berinteraksi dengan aplikasi melalui perbualan dua hala. Ia kini ditawarkan dalam...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured