More

    ASUS Zenbook A14 dilancar di Malaysia: Komputer riba Copilot+ ternipis di dunia, bermula RM4,999

    ASUS Malaysia hari ini melancarkan komputer riba AI yang terbaru dalam pasaran iaitu ASUS Zenbook A14, direka khas sebagai komputer riba Copilot+ 14 inci yang ternipis dalam dunia. Ia juga merupakan komputer Zenbook pertma yang menggunakan pemproses Snapdragon X Series terkini untuk prestasi yang tinggi.

    Badannya dibuat daripada bahan Ceraluminum khas yang memberikan ketahanan tinggi sambil mengekalkan berat yang rendah iaitu setakat 899 gram sahaja. Dengan rekaan senipis 1.59cm apabila dilipat dan berat yang ringan, komputer ini sesuai diguna oleh mereka yang kerap bergerak ke pelbagai tempat.

    Skrinnya berukuran 14 inci dengan panel OLED beresolusi Full HD+ yang menyediakan imej berwarna cerah dan kontras yang dalam. Ia didampingi dwi-pembesar suara stereo dengan Snapdragon Sound High-Resolution Audio untuk kualiti bunyi 24-bit / 192kHz yang jelas.

    Baterinya berkapasiti 70Wh dan mampu menyediakan tontonan video selama 29 jam untuk penggunaan yang lama. Cipsetnya menggunakan kuasa sehingga 45W namun masih boleh mengekalkan tahap bunyi serendah 0dB dalam Whisper Mode.

    Untuk tugasan AI yang tinggi, komputer ini mempunyai NPU Qualcomm Hexagon NPU 45 TOPS bagi memberikan penggunaan Copilot+ yang responsif dan multi-tugas yang pantas. Untuk memudahkan hubungan kepada telefon pula, ia mempunyai Windows Phone Link yang boleh dihubungkan dengan peranti Android atau iOS. Ia menawarkan fungsi seperti pemindahan fail yang mudah, cerminan skrin (screen mirroring) dan penyeragaman antara peranti mudah alih dengan komputer.

    Zenbook A14 akan dijual dalam pasaran Malaysia dalam dua varian utama yang dibezakan melalui pemproses yang digunakan iaitu:

    Snapdragon X Processor: RM4,999
    Snapdragon X Elite Processor: RM5,999

    Layari laman web ASUS Malaysia untuk maklumat lanjut mengenai produk ini. Jika anda membelinya dalam tempoh 7 Mac hingga 31 Mac 2025, anda akan turut menerima ASUS ZenScreen MB166B bernilai RM700, sementara stok masih ada.

    "
    "

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan komputer ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured