fbpx
More

    ASUS ZenBook Duo – Skrin berganda dengan produktiviti berganda. Begitulah agaknya..

    Biasanya apabila anda bekerja di syarikat produksi kandungan, pada masa yang sama anda juga dikehendaki untuk menggunakan beberapa perisian. Tambahan pula, penggunaan satu skrin sahaja kadang-kadang tidak mencukupi kerana beberapa aplikasi sudah mengambil ruangan skrin yang agak besar berbanding aplikasi lain. Untuk membetulkan situasi ini, satu-satunya cara untuk mendapatkan ruangan skrin lebih adalah dengan menyambung monitor kedua kepada komputer atau komputer riba anda. Malangnya, wang anda perlu dibazirkan hanya untuk mendapatkan paparan tambahan.

    Dengan ini, ASUS telah mendedahkan ASUS ZenBook Duo terbaru yang bermula dengan harga RM4699, dilengkapi paparan skrin sentuh 12.6 inci bernama ScreenPad Plus terbina di bahagian atas papan kekunci. Fungsi skrin tambahan adalah sebagai paparan kedua yang boleh digunakan pengguna, sama ada menggunakan tetikus atau input sentuhan. Kami berjaya meluangkan masa dengan ASUS ZenBook Duo ini, jadi berikut merupakan ulasan untuk alat teknologi ini.

    Anda boleh menggunakan ScreenPad Plus melalui sentuhan!
    Anda boleh menggerakkan dan melaraskan saiz tetingkap (windows) di hujung jari dengan mudah
    Ruangan cukup dengan dua tetingkap

    ScreenPad Plus turut menampilkan perisian khusus yang membantu pengguna melakukan pelbagai tugas dan menukar aplikasi dengan mudah. Bukan itu sahaja, anda juga boleh menguruskan jalan pintas (shortcut) aplikasi melalui ScreenPad Plus dengan hanya mengetik di atas skrin tersebut. Amat penting juga untuk dinyatakan disini tentang permukaan ScreenPad Plus yang bertekstur pusam (matte) untuk memastikan sentuhan yang lancar pada paparan melalui jari anda.

    Beralih kepada reka bentuk, anda boleh melihat logo ASUS dengan gabungan sudahan logam seperti diberus pada sisi tepi komputer riba ini. Jika anda melihat bahagian belakang sisi tepi komputer riba ini dari jarak dekat, anda dapat melihat dua getah tambahan kecil pada hujungnya yang berhubung dengan permukaan. Fungsi ini adalah fungsi Ergolift, yang mengaktifkan komputer riba apabila ianya dibuka sepenuhnya.

    Lihatlah sudahan aluminium seperti diberus, dengan garisan bulatan di sekeliling logo ASUS!

    Mengenai paparan utama ZenBook Duo, gabungan Pantone Validated dan 100% sRGB membuatkan paparan ini baik untuk pengurusan kandungan yang melibatkan warna seperti pengeditan video, ilustrasi dan reka bentuk grafik. Dalam aspek saiz dan resolusi paparan, komputer riba ini dilengkapi paparan LED-Backlit NanoEdge 14 inci dengan resolusi skrin 1920 x 1080 dan nisbah skrin ke badan 90%. Terdapat juga kamera inframerah yang serasi dengan Windows Hello, yang mana boleh digunakan walapun dalam keadaan gelap.

    Beralih kepada aspek papan kekunci, perkara pertama yang menarik perhatian anda adalah trackpad yang ditempatkan di sebelah kanan papan kekunci. Namun, tidak seperti ZenBook Pro Duo, touchpad varian bukan Pro tidak hadir bersama ASUS NumberPad yang membenarkan anda menukar fungsi touchpad kepada NumberPad berkapasitif. Kekurangan NumberPad mungkin mematikan minat, terutamanya untuk pengguna yang berurusan dengan nombor dalam kehidupan seharian.

    Mengenai papan kekunci ini, anda mungkin memerlukan masa untuk membiasakan diri dengan susun aturnya kerana butang tambahan yang seperti kekunci fungsi berada di sebelah kiri dan kekunci anak panah beralih kepada posisi di bawah kekunci Enter. Selain itu, kekunci pada papan kekunci juga bercahaya di belakang untuk penggunaan yang mudah semasa di dalam ruangan gelap. Anda juga mungkin ingin pertimbangkan untuk mendapatkan tempat rehat pergelangan tangan di bawah komputer riba. Anda tidak boleh merehatkan pergelangan tangan anda di atas komputer riba kerana susun atur papan kekuncinya (Harga tersembunyi yang perlu dibayar untuk ScreenPad Plus?).

    ASUS ZenBook Duo juga hadir dengan dua port USB 3.1 Type-A, satu port USB 3.1 Type-C, satu port HDMI, slot bicu audio kombo 3.5mm dan pembaca kad MikroSD. Di samping itu, alat teknologi ini juga menampilkan Bluetooth 5.0 dan Intel Wi-Fi 6 baru yang menawarkan muat turun dan muat naik yang lebih pantas daripada standard Wi-Fi yang sebelumnya.

    Semua kekunci yang bercahaya di belakang
    Port di sebelah kanan bersama slot bicu audio kombo dan slot kad MikroSD
    USB Type-C, Type-A, port HDMI dan port pengecasan diposisikan di sebelah kiri

    Mengenai prestasi, komputer riba ini melengkapi elemen tugasan produksi dan rekaan kandungan. Penyumbang besarnya adalah pemilikan skrin tambahan, yang boleh digunakan untuk memantapkan lagi aliran kerja anda. Oleh kerana paparan adalah 100% gabungan sRGB bersama Pantone Validated, melakukan tugasan menggunakan Adobe Photoshop dan Illustrator adalah pengalaman menyenangkan.

    Kekurangan besar pada skrin kedua yang dapat ditemui setakat ini adalah kesusahan untuk melihat apa yang ada pada paparan skrin tersebut semasa bekerja di bawah cahaya matahari oleh kerana silauan yang dihasilkan. Bukan itu sahaja, susun atur paparan skrin sentuh juga agak sedikit janggal kerana kadang-kadang, lengan saya terkena papan kekunci secara tidak sengaja.

    ScreenPad Plus agak susah untuk dilihat pada sudut sebegini atau sisi

    Apa pun, berkenaan pengeditan video, unit kami agak sedikit susah kerana ia dikuasakan oleh processor 10th Generation Intel Core i5 berbanding i7. Mengenai prestasi gaming, ia berjalan lancar dengan game generik esport seperti Counter-Strike: Global Offensive, Dota 2 dan League of Legends oleh kerana keperluan spesifikasi teknologi yang rendah. Game dengan keperluan spesifikasi tinggi seperti Fallout 4, Monster Hunter: World dan Nier: Automata akan menyebabkan komputer riba menjadi lag walaupun tetapan grafik diturunkan oleh kerana ia dijalankan oleh kad grafik Nvidia MX250.

    Mengenai bateri, komputer riba ini dapat bertahan dalam 5 jam atau lebih bergantung kepada penggunaan. Terdapat juga pilihan untuk menutup paparan kedua ScreenPad Plus, yang mana memberi sumbangan besar dalam menaikkan jangka hayat bateri dalam beberapa jam lebih panjang. Jika anda sejenis yang sentiasa membawa kit power ke mana sahaja, anda akan lega dengan berat kit power 65W yang agak ringan, menyenangkan untuk dibawa ke mana-mana.

    Penanda aras 3DMark TimeSpy
    Rainbow Six: Siege agak lag semasa bermain menggunakan komputer riba

    Sebagai kesimpulan, ZenBook Duo dengan ScreenPad Plus agak serba boleh jika anda pengguna yang biasa dengan dua skrin. Bukan itu sahaja, jika anda menguruskan projek ketepatan warna dari aplikasi seperti Adobe Photoshop, Illustrator atau pengeditan video ringan, Pantone Validated dan paparan 100% sRGB sememangnya perlu untuk memastikan warna tidak mengalami masalah. Prestasi gaming agak baik, selagi anda kekal memilih game yang mematuhi keperluan sistem.

    Dengan ini, ZenBook Duo bukanlah yang sempurna oleh kerana paparan skrin keduanya yang agak susah untuk dilihat terutamanya di bawah cahaya matahari terang atau dilihat dari sudut tepi. Selain itu, saya juga tidak gemar akan kehadirannya dengan slot kad MikroSD. Sebaliknya, ia perlu hadir dengan slot kad bersaiz penuh kerana kebanyakan peralatan produksi seperti video dan rakaman audio, DSLR juga disimpan ke dalam kad bersaiz penuh.

    Semasa pelancaran, harga ZenBook Duo diumumkan bermula dari RM4699 yang mana agak baik jika difikirkan tentang dua paparan dalam satu komputer riba. Namun, jika anda tidak suka akan reka bentuk Zenbook Duo, anda boleh memilih MSI PS63 Modern yang dilengkapi processor 8th Generation Intel Core i7 bersama Nvidia GTX 1050 Max-Q GPU bermula dari harga RM4799.

    Jika anda mahu lebih kuasa, terdapat juga Acer ConceptD 3 Pro yang menampilkan sensor grafik Nvidia Quadro T1000 yang bergred industri. Walau bagaimanapun, harganya agak tinggi iaitu RM5999 tanpa ScreenPad Plus. Setakat ini, masih tiada komputer riba yang menawarkan paparan kedua dengan skrin sentuh terbina dalam (built-in) seperti siri ZenBook Duo.

    Boleh cuba lihat video sentuhan pandang pertama versi bahasa Inggeris kami!

    Jika anda berminat untuk mendapatkan ASUS ZenBook Duo untuk tugasan agak berat seperti pengeditan video, anda mungkin perlu pertimbangkan untuk mendapatkan varian i7 yang berharga RM5699. Jika wang bukan satu masalah, kenapa tidak menyambar ASUS ZenBook Pro Duo yang dilengkapi processor 9th Generation i9, kad grafik Nvidia RTX 2060 dan storan utama sehingga 1TB bermula dari harga RM12999.

    Kelebihan dan Kekurangan

    Kelebihan – Reka bentuk tiris dan kemas. 100% sRGB dan Pantone Validated. ScreenPad Plus berfungsi dengan baik pada skrin kedua.

    Kekurangan – ScreenPad Plus agak lemah dibawah cahaya matahari yang terang. Penambahan pembaca kad MikroSD berbanding pembaca kad SD bersaiz penuh menjadi satu persoalan kerana kebanyakan alatan rakaman profesional menggunakan kad SD bersaiz penuh.

    Ringkasan – Komputer riba ini adalah satu langkah ke hadapan dalam aspek idea inovasi dengan reka bentuk dan produktiviti.

    Nantikan ulasan seterusnya melalui Rakan Teknologi Utama Malaysia.

    Diterjemahkan daripada TechNave.com

     

    Artikel Terkini

    Infinix Malaysia ajak anda ke XFans Road Tour, boleh cuba sendiri NOTE 40 Series...

    Infinix Malaysia akan menganjurkan jelajah jerayawara XFans Road Tour di dua bandar utama dalam Semenanjung Malaysia bagi mengajak para pengguna untuk cuba...

    DNB: Kami sentiasa telus dalam pemberian tender dan kontrak untuk pembinaan infrastruktur 5G

    Agensi kerajaan yang bertanggungjawab dalam membina infrastruktur 5G negara, Digital Nasional Berhad (DNB), menyatakan mereka sentiasa terbuka dan telus dalam soal pemberian...

    realme 12x 5G akan dilancar di Malaysia pada 2 Mei 2024

    realme Malaysia bakal melancarkan varian terbaru dalam siri telefon pintar kelas pertengahan realme 12 iaitu realme 12x 5G. realme mengatakan ia adalah...

    MediaTek Dimensity 6300 diumum, cipset 5G untuk telefon pintar segmen pertengahan

    MediaTek menawarkan pasaran telefon segmen pertengahan dengan cipset Dimensity 6300 5G terbaharu. Cip ini dihasilkan dengan proses 6nm dan menawarkan peningkatan sederhana...

    vivo V30e dengan SD 6 Gen 1, skrin 120Hz bakal dilancarkan pada 2 Mei...

    Mengikut pengumuman rasmi, vivo akan memperkenalkan vivo V30e di India pada 2 Mei 2024. Peranti ini dijangka menggunakan paparan AMOLED melengkung 6.78...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X