More

    ASUS Zenbook DUO, Zenbook 14 OLED dan Vivobook 16 turut rasmi di Malaysia, bermula RM3,099

    Selain ASUS TUF Gaming F16 2024, ASUS Malaysia turut mengumumkan beberapa model baharu seperti Zenbook DUO, Zenbook 14 OLED dan Vivobook 16. Bermula dengan Zenbook DUO (2024) UX8406, ia akan tersedia di Malaysia bermula seawal bulan depan. Varian pemproses Intel Core Ultra 7 akan dijual mulai 19 Februari 2024 berharga RM9,999.

    Pelanggan terawal yang membeli Zenbook DUO juga akan menerima ASUS VivoWatch 5 bernilai RM1,288 sementara stok masih ada. Sementara itu, pilihan varian dengan pemproses Intel Core Ultra 9 akan datang ke Malaysia kemudian.

    Seterusnya, Zenbook 14 OLED (UX3405) akan tersedia di Malaysia melalui penjual semula yang sah dan tersedia dalam dua varian. Zenbook 14 OLED (UX3405) dikuasakan oleh pemproses Intel Core Ultra 7 155H, dipasangkan dengan RAM 32GB dan storan 1TB PCIe 4.0. Ia akan tersedia pada harga RM 5,999.

    Selain itu, varian Intel Core Ultra 5 125H akan digandingkan bersama RAM 16GB dan storan 512GB yang boleh dijual dengan harga RM4,499. Kedua-dua varian tersebut adalah dalam kemasan Ponder Blue manakala kemasan Foggy Silver akan ditawarkan kemudian.

    Akhir sekali, Vivobook 16 (A1605) dilengkapi pemproses Intel Core 5 120U, RAM 16GB dan storan PCIe 512GB yang dijual dengan tanda harga RM3,099 sahaja. Ia datang dalam dua warna, Indie Black dan Cool Silver. Komputer riba ini boleh dibeli daripada semua penjual semula ASUS yang sah serta e-stor rasmi ASUS mulai 29 Januari 2024.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan salah satu komputer riba baharu ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Samsung janji 5 tahun sokongan kemas kini Untuk Galaxy Watch9 Dan Watch Ultra2

    Samsung secara rasmi mengumumkan peningkatan polisi sokongan perisian bagi jam tangan pintar terbaharunya iaitu Galaxy Watch9 dan Galaxy Watch Ultra2 sewaktu acara...

    Qualcomm bakal lancar SD 8 Elite Gen 5 lebih murah untuk telefon “flagship killer”

    Qualcomm didakwa sedang menghasilkan versi baharu bagi cipset Snapdragon 8 Elite Gen 5 yang dijadualkan dilancarkan ke pasaran lewat tahun ini. Cip...

    Google kini benarkan log masuk akaun guna video selfie

    Google secara rasmi memperkenalkan kaedah log masuk baharu menerusi rakaman video selfie bagi pengguna yang terputus akses atau terkunci daripada Akaun Google...

    Siri HUAWEI Pura 90s tersedia di Malaysia — Dilengkapi kamera 200MP bermula RM3,699

    HUAWEI secara rasmi melancarkan siri HUAWEI Pura 90s dan fon telinga terbuka HUAWEI FreeClip 2 S untuk pasaran Malaysia. Model utama HUAWEI...

    HMD mahu hidupkan semula pengalaman Nokia Lumia pada Android

    HMD Global dilaporkan sedang menguji antaramuka pengguna berasaskan rekaan tile yang menyerupai konsep Live Tiles daripada era Lumia dan Windows Phone. Maklumat...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured