More

    ASUS ZenBook OLED dilancar: Komputer riba dwi-skrin 4K, RTX 3070, Intel i9 bermula RM4,299

    ASUS Malaysia telah melancarkan dua produk terbaru dalam siri komputer riba ZenBook iaitu ZenBook Pro Duo 15 OLED dan ZenBook 13 OLED. Kedua-dua komputer menampilkan skrin OLED yang menawarkan penghasilan warna cantik serta spesifikasi yang sesuai untuk kerja-kerja kreatif.

    ASUS ZenBook Pro Duo 15 OLED

    ASUS ZenBook Pro Duo 15 OLED dilengkapi dua skrin sentuh yang terdiri daripada skrin utama dan sebuah skrin di atas papan kekunci yang akan naik sebanyak 9.5° apabila komputer dibuka. Skrin OLED utama mempunyai resolusi 4K HDR, nisbah kontras 1,000,000:1, keterangan sehingga 400 nits, pengiktirafan warna PANTONE Validated dan gamut warna DCI-P3 100% manakala skrin kedua pula mempunyai resolusi 3480 x 1100.

    Ia turut dilengkapi pemproses Intel Core i9 atau i7, unit pemproses grafik NVIDIAN GeForce RTX3070, RAM 32GB dan storan SSD PCIe 3.0 sebanyak 1TB. Bagi membantu kerja-kerja kreatif, komputer ini dilengkapi dua port Thunderbolt 3 untuk dihubungkan kepada monitor 8K luaran dan juga disertakan bersama stilus ASUS Pen untuk kerja-kerja melukis.

    Komputer ini akan dijual pada harga RM12,999 untuk varian Intel Core i7 dan RM15,999 untuk varian Intel Core i9.

    ASUS ZenBook 13 OLED

    ASUS ZenBook 13 OLED pula merupakan komputer riba dengan skrin OLED 13 inci yang paling ringan dalam dunia. Skrinnya mempunyai resolusi Full HD dan teknologi OLED HDR NanoEdge serta nisbah skrin-ke-badan sebanyak 88%. Dengan berat 1.14kg dan ketebalan 13.9mm sahaja, komputer ini sesuai digunakan oleh mereka yang kerap bergerak namun masih memerlukan komputer kecil dengan skrin berkualiti tinggi seperti ZenBook Pro Duo 15 OLED.

    Spesifikasi dalamannya terdiri daripada pemproses Intel Core i7 atau i5, RAM 8GB dan SSD 512GB dan Intel Iris Xe Graphics manakala port I/O yang ditawarkan terdiri daripada HDMI, empat USB-C dan USB-A serta pembaca kad microSD.

    Komputer ini akan dijual pada harga RM4,299 untuk varian Intel Core i5 dan RM4,999 untuk varian Intel Core i7.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan mana-mana komputer di atas dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured