More

    ASUS Zenbook S 13 OLED dilancar di Malaysia: Komputer riba OLED ternipis di dunia bermula RM4,999

    ASUS Malaysia telah melancarkan komputer riba multimedia terbaru dalam siri Zenbook iaitu ASUS Zenbook S 13 OLED. Peranti ini merupakan komputer riba OLED ternipis dalam dunia setakat ini dan membuatkannya produk yang menarik untuk mereka yang kerap bergerak ke sana-sini.

    Komputer ini mempunyai skrin ASUS Lumina OLED dengan nisbah aspek 16:10, resolusi 2.8K (2880×10800), ketepatan warna Delta E<1, gamut warna DCI-P3 100% serta pengiktirafan Dolby Vision, VESA DisplayHDR True Black 500 dan Pantone Validated. Ia juga mempunyai pengiktirafan TÜV Rheinland untuk pancaran cahaya biru yang lebih rendah sebanyak 70% bagi menjaga keselesaan mata pengguna.

    ASUS Malaysia akan menyediakan gantian skrin OLED percuma jika terdapat isu burn-in sepanjang tempoh waranti.

    Sebagai sebuah komputer yang mudah dibawa ke mana-mana, ia mempunyai berat 1kg dan ketebalan 1cm sahaja. ASUS mengatakan baterinya boleh bertahan sehingga 14 jam manakala sistem penyejukannya telah ditambah baik daripada model sebelumnya, di mana ia bakal dilengkapi dua kipas dalaman untuk bunyi yang lebih senyap.

    Spesifikasi dalaman untuk varian tertinggi terdiri daripada cipset 13th Gen Intel Core i7 dengan thermal design power (TDP) setinggi 20W, RAM LPDDR5 sebanyak 16GB, storan SSD 1TB PCIe 4.0, Wi-Fi 6E dan ASUS WiFi Master Premium.

    Port I/O komputer ini terdiri daripada dua USB-C Thunderbolt 4, satu USB-A 3.2 Gen 2, satu HDMI 2.1 dan satu bicu audio 3.5mm. Komputer ini tidak mempunyai pengimbas cap jari, namun pengguna boleh membuka skrin dengan sistem pengesanan muka Windows Hello melalui kamera webcam FHD IR.

    Komputer ini juga akan dijual dengan pembungkusan yang mesra alam. Kotaknya dibina sepenuhnya dengan bahan yang dikitar semula, manakala kotak-kotak kecil boleh digunakan sebagai tongkat komputer (laptop stand). Di samping itu, komputer ini turut dibina dengan aloi magnesium-aluminium yang dikitar semula secara industrial (post-industrial recycling) untuk mengurangkan jejak karbon sebanyak 50% dalam pengilangannya.

    ASUS Zenbook S 13 OLED akan ditawarkan dalam dua varian iaitu:

    "
    "
    • Intel Core i5-1335U, RAM LPDDR5 16GB, storan SSD 512GB: RM4,999
    • Intel Core i7-1355U, RAM LPDDR5 16GB, storan SSD 1TB: RM5,999

    Layari laman web ASUS Malaysia untuk maklumat lanjut mengenai komputer ini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...