More

    ASUS Zenfone 10 dilancar: SD 8 Gen 2, skrin AMOLED 144Hz, penstabilan gimbal 6 paksi bermula ~RM4,070

    Selepas melancarkan telefon gaming ROG Phone 7 pada bulan Mei lalu, ASUS kini melancarkan telefon pintar andalannya untuk para pengguna umum iaitu ASUS Zenfone 10. Telefon ini masih mengekalkan reka bentuk kompak yang sinonim dengan jenama Zenfone, namun dengan beberapa spesifikasi dan fungsi baharu.

    Zenfone 10 mempunyai skrin AMOLED berukuran 5.9 inci dengan resolusi Full HD+ (1080×2400) yang serupa seperti Zenfone 9, namun kadar segar semulanya telah dinaikkan kepada 144Hz. Skrin ini dibuat dengan kaca Corning Gorilla Glass Victus untuk ketahanan tertinggi, manakala warnanya pula mempunyai pengiktirafan gamut DCI-P3 dan nilai Delta ΔE kurang daripada 1.

    Untuk spesifikasi dalaman, ia dilengkapi cipset Qualcomm Snapdragon 8 Gen 2, RAM sehingga 16GB dan storan dalaman sehingga 512GB. Baterinya berkapasiti 4,300mAh dan menyokong pengecasan pantas 30W HyperCharge serta pengecasan wayarles Qi 15W.

    Kameranya terdiri daripada kamera utama 50MP dan kamera ultra-lebar 12MP. Satu ciri baru untuk Zenfone ini adalah ia mempunyai penstabilan gimbal enam paksi 2.0 yang lebih kukuh berbanding Zenfone 9. Ia menggabungkan penstabilan imej optikal (OIS) dan penstabilan imej elektronik (EIS) dalam enam paksi untuk penstabilan tertinggi.

    Daripada segi rekaan, ia tidak mempunyai banyak perbezaan dengan Zenfone 9. Pilihan warna yang ditawarkan pula ialah merah Eclipse Red, hijau Aurora Green, hitam Midnight Black, putih Comet White dan biru Starry Blue. Ia turut menawarkan port USB-C dan bicu audio 3.5mm.

    Zenfone 10 akan dijual di pasaran Eropah pada harga bermula EUR799 (~RM4,070) untuk varian 8GB+128GB. Setakat ini masih tiada maklumat mengenai keberadaannya di Malaysia.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured