More

    Atlet Lee Zii Jia menjadi duta telefon pintar siri OPPO Reno7 5G

    OPPO Malaysia telah mengumumkan bahawa duta produk bagi siri OPPO Reno7 5G adalah pemain badminton kebangsaan iaitu Lee Zii Jia. Beliau meneruskan sokongannya terhadap siri Reno OPPO sebagai Portrait Expert pada skala global.

    Lee Zii Jia amat terkenal di kalangan rakyat Malaysia hari ini sebagai seorang atlet badminton profesional. Lee Zii Jia akan membuat kemunculan dalam iklan televisyen (TVC) pendek yang akan diumumkan tidak lama lagi.

    Pada 2016, OPPO telah mendahului trend swafoto di kalangan pengguna telefon pintar. Akan tetapi, trend ini semakin berkurangan dan mereka memerlukan trend baharu untuk menaikkan jenama ini sekali lagi. OPPO telah menjalankan tinjauan di mana pengguna tidak lagi mengutamakan selfie/wefies.

    Melalui tinjauan tersebut, 76% pengguna mengambil gambar potret menggunakan kamera belakang berbanding 24% pengguna selfie. 76% pengguna turut mengatakan bahawa mereka lebih memberi perhatian kepada keupayaan kamera belakangnya. Oleh yang demikian, OPPO Reno7 dengan slogan Portrait Expert bakal menawarkan mod potret khas untuk kamera belakang.

    Siri OPPO Reno7 baharu akan dilancarkan secara rasmi pada hari Selasa depan pada 22 Februari 2022. Anda boleh lawati halaman Facebook rasmi OPPO untuk mendapatkan kemas kini terkini. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured