More

    Atlit Malaysia yang menang pingat dalam 2022 Asian & Para Games akan terima jam tangan HUAWEI

    HUAWEI Malaysia mengumumkan bahawa mereka akan menghadiahkan seutas jam tangan pintar HUAWEI kepada setiap atlit Malaysia yang memenangi pingat dalam temasya sukan antarabangsa 2022 Asian Games dan 2022 Asian Para Games di Hangzhou, China.

    Jam-jam tangan tersebut telah diberikan kepada Menteri Belia dan Sukan YB Hannah Yeoh sewaktu upacara penyerahan bendera kepada kontinjen Malaysia pada hari Isnin, 11 September 2023. Ia turut dirasmikan oleh ahli parlimen Bandar Tun Razak, Dato’ Seri Dr Wan Azizah Dr Wan Ismail.

    Produk tersebut dilengkapi pelbagai fungsi khas untuk pengurusan kesihatan, senaman dan sukan yang telah dibangunkan selama hampir 10 tahun oleh HUAWEI, sejak 2014.

    Jam tangan pintar HUAWEI ini adalah produk terbaru yang akan dilancar secara rasmi pada 14 September 2023 di Barcelona, Sepanyol. HUAWEI Malaysia dan YB Hannah Yeoh berharap inisiatif daripada HUAWEI ini akan meningkatkan lagi semangat para atlit untuk memenangi pingat dalam temasya sukan tersebut.

    Asian Games 2022 akan berlangsung pada 23 September hingga 8 Oktober 2023, di mana kontinjen Malaysia terdiri daripada 289 atlit dan 145 pegawai yang akan bertanding dalam 22 sukan. Selepas itu, Asian Para Games 2022 akan berlangsung pada 22 hingga 28 Oktober 2023, di mana kontinjen Malaysia terdiri daripada 115 atlit dan 43 pegawai yang akan bertanding dalam 14 sukan.

    Kami berharap para atlit Malaysia akan mengharumkan nama negara di Hangzhou. Beritahu kami di Facebook jika anda akan mengikuti perkembangan kontinjen negara dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Siri Xiaomi 18 Pro dilancar: SD 8 Elite Gen 6, dwi-kamera Leica 200MP dan...

    Xiaomi melancarkan siri peranti mercu baharu di China menerusi model Xiaomi 18 Pro dan Xiaomi 18 Pro Max. Kedua-dua telefon pintar ini...

    OPPO Find X10 Pro Max tiba sebagai telefon pertama di dunia dengan tiga kamera...

    OPPO secara rasmi memperkenal peranti mercu terbaharu Find X10 Pro Max yang dijana oleh cip pemprosesan MediaTek Dimensity 9600 Pro. Sistem kamera...

    MediaTek umum Dimensity CX C10 Max, cip 3nm pertama khas untuk Googlebook

    MediaTek melancarkan pemproses baharu Dimensity CX C10 Max yang merupakan cip pertama di bawah siri siri Compute Experience (CX). Pemproses ini dibina...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured