More

    Australia haramkan TikTok pada peranti kerajaan, ikuti langkah Amerika Syarikat dan UK

    Hari ini, kerajaan Australia berkata bahawa mereka akan mengalih keluar TikTok daripada semua peranti milik kerajaan persekutuan. Hal ini berikutan kerana banyak negara di Barat menghalang aplikasi video milik China atas kebimbangan keselamatan.

    Seperti yang dikatakan oleh Peguam Negara, Mark Dreyfus, larangan tersebut akan berkuat kuasa secepat mungkin dan pengecualian hanya akan diberikan berdasarkan kes demi kes dengan langkah keselamatan yang sesuai.

    Dalam pada itu, Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese telah bersetuju dengan larangan terhadap penggunaan TikTok selepas ulasan oleh jabatan Hal Ehwal Dalam Negeri.

    Pengurus besar Tiktok Australiam Lee Hunter berkata syarikat itu kecewa mereka pernah menawarkan untuk berhubung dengan kerajaan secara konstruktif mengenai dasar ini. Beliau turut menegaskan bahawa tiada bukti yang menunjukkan bahawa TikTok memberi risiko keselamatan kepada warga Australia dan tidak sepatutnya dilayan secara berbeza dengan platform media sosial lain.

    Larangan itu adalah disebabkan kebimbangan terhadap kerajaan China yang dimiliki oleh ByteDance Ltd untuk mengumpul data pengguna bagi memajukan agenda politiknya yang mungkin menjejasjkan keselamatan penduduk Barat.

    Dengan larangan Australia, semua ahli rangkaian perkongsian perisikan Five Eyes yang terdiri daripada Australia, Kanada, Amerika Syarikat, Britain dan New Zealand telah melarang aplikasi itu daripada peranti kerajaan. Perancis, Belgium dan Suruhanjaya Eropah telah mengumumkan larangan yang sama.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

    Sumber: Aljazeera

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured