More

    ‘Autogate’ akan ditambah di Terminal 1, 2 KLIA dan Pulau Pinang bagi atasi kesesakan

    Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengumumkan bahawa Jabatan Imigresen (JIM) akan menambah lebih banyak autogate di Terminal 1, Terminal 2 KLIA dan Lapangan Terbang Pulau Pinang. Menteri KDN, Datuk Seri Saifuddin Nasution menegaskan langkah itu bertujuan untuk mengatasi kesesakan di pintu masuk Malaysia.

    Saifuddin berkata, sebanyak 40 autogate baharu akan ditambah di Terminal 1 KLIA dan Terminal 2 KLIA. Ini menjadikan jumlah autogate di 2 terminal itu kepada 80. Sementara itu, kemudahan tambahan di Lapangan Terbang Pulau Pinang masih lagi dikenal pasti dan dalam pertimbangan.

    Tambahnya, langkah ini selaras dengan pembesaran kemudahan autogate dan juga sebagai persediaan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025 dan Tahun Melawat Malaysia 2026. Sebelum ini, Saifuddin telah mengumumkan bahawa pelawat dari 36 lagi negara berisiko rendah akan dibenarkan menggunakan autogate di semua pintu masuk di negara berkuat kuasa 1 Jun.

    Kemudahan itu melibatkan semua negara Kesatuan Eropah (EU), Bahrain, Qatar, Oman, Jordan, China, Kanada, Hong Kong dan Taiwan. Apakah pendapat anda tentang kenyataan Menteri KDN ini? Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Google ubah had Gemini bermula 9 Oktober ini, pengguna percuma kena ambil tahu

    Google mengumumkan pelarasan baharu terhadap ketersediaan model dan had penggunaan untuk aplikasi Gemini menerusi akaun peribadi. Perubahan berkuat kuasa secara rasmi bermula...

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured