More

    Awas taktik “scammer” guna pencawang palsu, MCMC sita peralatan di Genting Highlands

    Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berjaya menumpaskan satu operasi penipuan licik yang menggunakan peralatan stesen pangkalan palsu atau (Fake Base Transceiver Station – Fake BTS) di sekitar Genting Highlands. Tindakan ini diambil selepas pihak berkuasa mengesan penggunaan peralatan pemintas rangkaian yang dipasang di dalam dua buah kenderaan bagi menyasarkan pengguna telefon bimbit di kawasan tersebut.

    Modus operandi sindiket ini melibatkan penyamaran sebagai menara telekomunikasi sah untuk menarik sambungan peranti mangsa sebelum menghantar pesanan ringkas (SMS) penipuan secara terus tanpa melalui sistem keselamatan operator sedia ada. Melalui serbuan yang dilakukan, MCMC telah menyita peralatan tersebut dan mengesahkan bahawa ancaman berkenaan telah pun dineutralkan sepenuhnya bagi menjamin keselamatan komunikasi awam.

    Selain menyebabkan risiko penipuan, penggunaan peralatan haram ini turut mengakibatkan gangguan kualiti rangkaian yang serius kepada pengguna lain di kawasan sekitar. Pihak yang terlibat kini sedang disiasat di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang membawa hukuman denda sehingga RM1 juta atau penjara tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. ​

    Sehubungan dengan itu, orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada terhadap sebarang SMS yang mencurigakan dan segera melaporkan aktiviti yang meragukan kepada pihak berkuasa. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: X MCMC

     

    Artikel Terkini

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    TECNO tayang telefon skrin 0mm pertama – Tiada lagi bezel hitam!

    TECNO memperlihatkan telefon konsep Next-Gen Bezelless menjelang kemunculan pertamanya di acara IFA 2026. Ia dibangunkan untuk menghapuskan garisan hitam di sekeliling paparan...

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured