More

    AXN Asia x Tourism Malaysia pertontonkan travelog keindahan Malaysia bermula 11 Julai ini

    AXN Asia dengan kerjasama Tourism Malaysia kini mempromosikan kepelbagaian dan keunikan Malaysia menerusi penerbitan travelog baharu berjudul “Unfading Memoirs” yang boleh ditonton secara dalam talian termasuk di saluran televisyen seluruh Asia bermula 11 Julai 2024.

    “Unfading Memoirs” merupakan eksplorasi yang memaparkan kekayaan budaya selain landskap menakjubkan negara ini merangkumi senarai impian berteraskan tiga elemen utama iaitu Pengembaraan (Adventure), Budaya (Culture) dan juga Makanan (Food).

    Penonton dapat melihat gabungan pelbagai dimensi kandungan pengembaraan dan hiburan di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Sarawak dan Sabah. Para penonton turut berpeluang memenangi percutian eksklusif dengan menyertai pertandingan secara dalam talian yang menawarkan hadiah penginapan 3 hari 2 malam yang bernilai lebih kurang RM6,600 (USD1,400).

    Berikut merupakan langkah untuk menyertai pertandingan yang dianjurkan:

    1. Jika anda pernah melawat Malaysia sebelum ini, anda hanya perlu memuat naik foto atau video pengalaman yang paling tidak dapat dilupakan di negara ini. Sekiranya anda belum pernah berkunjung ke Malaysia, layari www.axn-asia.com/UnfadingMemoirs untuk mencari dan memuat naik foto destinasi impian anda di negara ini.
    2. Langkah seterusnya ialah memuat naik foto atau video di akaun media sosial peribadi anda dengan kapsyen menarik dan jangan lupa tag @AXNasia serta letakkan tanda pagar #AXNUnfadingMemoirs dan #MalaysiaTrulyAsia.
    3. Pertandingan ini akan berlangsung dari 15 Julai hingga 25 Ogos 2024 dan pemenang akan diumumkan pada 3 September 2024. Untuk maklumat lanjut termasuk terma dan syarat, sila layari www.axn-asia.com/UnfadingMemoirs.

    “Unfading Memoirs” boleh ditonton di laman sosial dan saluran televisyen AXN Asia bermula 11 Julai 2024. Untuk keterangan lanjut, layari media sosial AXN Asia dan klik di sini bagi mendapatkan tawaran istimewa melancong ke Malaysia. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...