More

    Ayaneo Pocket DS tiba sebagai konsol Android dengan skrin berkembar pertama dunia

    Ayaneo memperkenalkan satu lagi konsol unik dinamakan Pocket DS iaitu konsol genggam dengan dua skrin seperti konsol Nintendo DS tetapi dengan spesifikasi moden. Pocket DS menampilkan skrin utama 7 inci LCD IPS dengan kadar segar semula 120Hz, resolusi 1080p dan kecerahan 500 nits. Skrin kedua pula bersaiz 3.5 inci AMOLED beresolusi 960×640.

    Reka bentuk ini membolehkan pemain mengendalikan emulator atau permainan yang memanfaatkan dua paparan. Pocket DS menggunakan pemproses AMD Ryzen 7 8840U bersama GPU Radeon 780M, menyokong RAM LPDDR5X hingga 64GB dan storan SSD hingga 2TB. Peranti ini juga dilengkapi bateri 50Wh dengan sokongan pengecasan pantas 65W USB-C.

    Ayaneo turut mengekalkan rekaan mesra pengguna dengan tetapan butang boleh disesuaikan dan sistem penyejukan aktif. Menariknya, Pocket DS bukan hanya sebuah konsol Android, tetapi juga menyokong penuh Windows 11 menjadikannya seakan PC mini mudah alih. Pengguna boleh bermain game PC native dan menjalankan aplikasi desktop selain menikmati kelebihan Android.

    Pocket DS dijangka dilancarkan melalui platform Indiegogo tidak lama lagi tetapi harga rasmi masih belum diumumkan. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...