More

    Ayuh Malaysia lancar program PinjamGajet, tawar sewa laptop RM10 sebulan

    Ayuh Malaysia secara rasmi melancarkan inisiatif ketiga iaitu PinjamGajet bagi membantu merapatkan jurang digital dalam kalangan masyarakat. Program ini membolehkan orang awam menyewa komputer riba pada kadar RM10 sebulan dan bertujuan menyediakan akses peranti mampu milik khususnya untuk kegunaan pelajar sekolah serta pelajar universiti.

    Mekanisme PinjamGajet melibatkan pengumpulan sumbangan gajet elektronik terpakai daripada orang ramai. Semua peranti yang diterima akan melalui proses baik pulih sebelum disewakan kepada pengguna yang memerlukan. Langkah ini memastikan peranti elektronik yang masih berfungsi dapat dimanfaatkan semula oleh golongan sasar secara berterusan.

    Majlis pelancaran program telah diadakan di APR Electronic Services, Bandar Pinggiran Subang pada 8 Mac 2026. Selain pengumuman program sewaan, majlis tersebut turut menyediakan kelas asas membaiki komputer riba serta ruang khas untuk orang ramai menyumbangkan peranti terpakai.

    Maklumat lanjut mengenai kriteria penyertaan dan kaedah sumbangan boleh didapati melalui laman rasmi PinjamGajet. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan inisiatif yang ditawarkan dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured