More

    Bagaimana Samsung Galaxy SmartTag2 boleh tenangkan fikiran anda?

    Samsung Malaysia telah memperkenalkan peranti penjejak Samsung Galaxy SmartTag2 pada bulan Oktober lalu yang akan memudahkan anda untuk menjejak barang-barang anda yang bernilai. Akan tetapi, adakah peranti penjejak ini boleh diharap untuk mengelakkan barang anda daripada hilang atau tersalah letak?

    Anda tidak perlu bimbang kerana Galaxy SmartTag2 dilengkapi pelbagai fungsi canggih untuk menenangkan fikiran anda tentang keselamatan item-item penting. Ayuh kita lihat contoh penggunaan yang sesuai untuk Galaxy SmartTag2 dalam situasi harian:

    Pastikan haiwan kesayangan anda tidak berkeliaran jauh

    Jika anda gemar biarkan haiwan peliharaan seperti kucing atau anjing untuk berkeliaran di kawasan berdekatan, Galaxy SmartTag2 boleh dipautkan pada kolar haiwan peliharaan anda supaya ia boleh dijejaki pada setiap masa dengan jarak sehingga 120 meter.

    Reka bentuknya yang kecil dan ringan bermaksud ia mudah dipautkan pada kolar haiwan peliharaan

    Selain itu, jika haiwan peliharaan anda pergi terlalu jauh dari rumah, anda boleh aktifkan Lost Mode untuk bantu orang lain mencarinya. SmartTag2 mempunyai fungsi Komunikasi Medan Berhampiran (NFC) yang boleh memancarkan maklumat kontak anda kepada telefon berhampiran supaya orang yang mencari haiwan tersebut boleh menghubungi anda.

    Masukkan dalam beg anak untuk ketahui lokasi mereka

    Sebagai ibu bapa, anda pasti mahu tahu lokasi anak-anak pada setiap masa, terutamanya sewaktu mereka masih berada dalam usia kecil. Anda boleh pautkan SmartTag2 pada baju atau masukkan dalam beg mereka supaya anda boleh tahu kedudukan mereka dengan lebih mudah.

    Lebih mudah untuk semak lokasi anak-anak pada setiap masa

    Jika anak anda suka berbasikal dalam kawasan perumahan, pautkan Galaxy SmartTag2 pada basikalnya. Usah bimbang jika anak-anak anda berada dekat dengan hujan, kerana SmartTag2 mempunyai rating rintangair IP67 yang bermaksud ia masih boleh digunakan walaupun apabila terkena percikan air atau debu.

    Tak perlu pening cari bagasi dalam lapangan terbang

    Antara perkara yang paling bosan sewaktu melawat negara luar adalah apabila anda perlu menunggu bagasi anda di carousel selepas keluar daripada kapal terbang. Anda perlu berdiri lama di sebelah carousel dan fikir sampai bilakah giliran bagasi anda untuk muncul.

    Kini anda tidak perlu lagi menunggu lama di sebelah carousel tersebut. Sebaliknya, anda boleh duduk dahulu dan lihat lokasi bagasi anda yang telah dipautkan dengan Galaxy SmartTag2. Apabila jaraknya semakin berhampiran, barulah anda pergi ke carousel untuk mengambil bagasi.

    Jangan risau kalau anda lupa lokasi terakhidr bagasi anda dalam lapangan terbang

    Sewaktu berlegar di terminal lapangan terbang pula, jika anda terlupa di manakah anda meletakkan bagasi, anda boleh aktifkan Search Nearby kemudian telefon Samsung Galaxy anda akan memaparkan Compass View yang menunjukkan arah dan jarak bagasi anda.

    Kunci tak akan hilang lagi

    Kunci rumah dan kunci kereta merupakan item peribadi yang amat penting, namun sering kali kita terlupa di manakah kita meletakkan objek kecil ini. Lebih menyukarkan keadaan adalah saiznya yang kecil dan mudah tersembunyi di bawah meja, sofa atau lain-lain lokasi tersembunyi.

    Boleh dipautkan dengan mudah bersama kunci anda

    Kini anda tidak perlu risau lagi dengan isu ini kerana apabila ia dipautkan dengan Galaxy SmartTag2, lokasi kunci anda boleh dijejaki dengan telefon pintar pada setiap masa. Reka bentuk SmartTag2 yang menarik juga bermaksud ia boleh digayakan sebagai keychain.

    Jangan risau tentang hayat bateri kerana Galaxy SmartTag2 boleh berfungsi sehingga 500 hari, jadi kunci anda boleh sentiasa dijejaki.

    Samsung Galaxy SmartTag2 kini dijual dalam laman web Samsung Malaysia pada harga bermula RM149. Beritahu kami di Facebook jika anda akan menggunakan peranti ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    [Ditaja oleh Samsung Malaysia]

     

    Artikel Terkini

    Acer perkenal 3 tablet Iconia Duo di Computex 2026 — Skrin OLED 14.2”, bateri...

    Acer mengumumkan tiga tablet baharu dalam siri Iconia Duo berasaskan Android di Computex 2026 yang menyasarkan pengguna profesional yang memerlukan peranti mudah...

    HUAWEI nova 15 Max dilancar di Malaysia dengan bateri 8,500mAh berharga RM1,699

    HUAWEI Malaysia hari ini mengumumkan ketibaan nova 15 Max yang memfokuskan kepada ketahanan bateri, paparan besar dan ciri ketahanan tambahan untuk kegunaan...

    OPPO dan vivo dilapor bangunkan kamera vlog sendiri, bakal cabar dominasi DJI

    Pasaran kamera vlog mudah alih yang didominasi oleh DJI mungkin bakal menjadi lebih sengit apabila dua pengeluar telefon pintar China, OPPO dan...

    Siri realme P4 rasmi di Malaysia: P4 Power 5G tampil dengan bateri 10,001mAh pertama...

    realme telah melancarkan siri P4 di Malaysia yang terdiri daripada tiga model iaitu realme P4 Power 5G, realme P4x dan realme P4...

    REDMI Headphones Neo, Buds 8 dan Watch 6 dilancar di Malaysia, bermula RM239

    Xiaomi hari ini mengumumkan pelancaran tiga peranti boleh pakai baharu di bawah sub jenama REDMI untuk pasaran Malaysia termasuk fon kepala over-ear...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...

    Ulasan vivo X300 Pro – Kamera ZEISS generasi baru untuk vivo!

    Dengan 2025 yang semakin hampir kepada penamatnya, vivo Malaysia tidak ketinggalan untuk melancarkan telefon pintar flagship generasi seterusnya dengan melancarkan vivo X300...