More

    Bagaimana Samsung Galaxy Z Flip4 5G hasilkan prestasi lebih pantas berbanding telefon lipat lain:

    Dengan harga bermula daripada RM4,099, Samsung Galaxy Z Flip4 5G kini merupakan telefon pintar lipat yang dijual pada harga paling berpatutan di Malaysia dan membuka peluang untuk lebih ramai orang memiliki sebuah telefon lipat. Akan tetapi mungkin anda risau jika telefon dengan mekanisme unik ini masih boleh menjana prestasi yang cukup untuk kegunaan harian.

    Galaxy Z Flip4 dilengkapi spesifikasi canggih seperti telefon kelas atasan yang lain, terdiri daripada cipset Snapdragon 8+ Gen 1, RAM 8GB dan storan dalaman UFS 3.1. Spesifikasi ini adalah lebih daripada cukup untuk melaksanakan segala keperluan harian anda dan mari kita lihat bagaimana setiap komponen Galaxy Z Flip4 melakukan sedemikian:

    Snapdragon 8+ Gen 1 menjana prestasi pantas dengan tenaga rendah

    Spesifikasi dalaman utama Galaxy Z Flip4 terdiri daripada cipset Qualcomm Snapdragon 8+ Gen 1 yang merupakan antara cipset telefon Android terpantas setakat ini. Memori yang ditawarkan termasuklah RAM 8GB serta pilihan storan dalaman berkapasiti 128GB atau 512GB.

    Untuk menilai prestasi yang dihasilkan daripada Galaxy Z Flip4, anda boleh lihat ujian penanda aras Geekbench dan PCMark 10 seperti di bawah:

    Dalam Geekbench, telefon ini mencatatkan 1,291 mata untuk ujian teras tunggal dan 3,883 mata untuk ujian berbilang teras manakala PCMark 10 pula mencatatkan markah sebanyak 14,056. Semua ini adalah nilai yang tinggi dalam ujian penanda aras dan membuktikan bahawa prestasinya lebih daripada mampu untuk tugasan harian.

    Untuk menilai prestasi grafik, kami menggunakan penanda aras 3DMark Wild Life Extreme Stress test dan telefon ini berjaya mencatatkan markah gelungan (loop score) di antara 2,812 mata dan 1,395 mata, dengan kestabilan 49.6%. Ini menunjukkan Galaxy Z Flip4 masih boleh mengekalkan prestasi stabil walaupun dalam tempoh yang lama.

    Suhu dalaman telefon juga dikawal dengan baik, di mana ia tidak pernah melebihi 40 darjah Celcius.

    Semua keputusan penanda aras ini bermaksud prestasi Galaxy Z Flip4 adalah sangat bagus untuk membuka aplikasi berat atau bermain game. Skrinnya yang lebih panjang berbanding telefon biasa bermaksud anda boleh melihat sudut penglihatan yang lebih luas di bahagian kiri dan kanan skrin, menjadikannya lebih sesuai untuk game tembak-menembak seperti Call of Duty Mobile.

    Penulis juga memainkan beberapa permainan emulator seperti PSX dan Game Boy, serta menghubungkan telefon ini dengan Steam Link untuk bermain permainan komputer. Semua aplikasi game ini berfungsi dengan bagus dalam Galaxy Z Flip4.

    Sewaktu menggunakan Galaxy Z Flip4, ruang kiri dan kanan dalam COD Mobile lebih luas daripada telefon biasa

    Reka bentuk menarik apabila dilipat

    Daya penarik utama Samsung Galaxy Z Flip4 tentunya adalah pada skrinnya yang boleh dilipat separuh. Apabila dilipat, telefon ini mempunyai saiz yang serupa dengan pembedak muka dan membuatkannya sangat mudah dimasukkan ke dalam poket seluar atau beg. Selain itu, lipatan ini juga melindungi skrin telefon ini daripada dicalar sewaktu diletakkan dalam poket atau beg.

    Apabila dibuka, telefon ini mempunyai skrin berukuran 6.7 inci namun kerana reka bentuknya yang lebih panjang daripada telefon biasa, ia tidak kelihatan terlalu besar di tangan. Pengagihan beratnya juga sekata dan agak ringan.

    Bercakap tentang skrin, ia mempunyai panel Dynamic AMOLED 2X dengan sokongan HDR10+ yang boleh memainkan video dengan warna yang sangat cantik dan terang. Selain itu, kadar segar semulanya setinggi 120Hz membuatkan sebarang animasi nampak lebih lancar dan responsif sewaktu anda berinteraksi dengannya.

    Jika anda berminat untuk memiliki peranti unik ini, anda boleh ketahui maklumat lanjut di laman web Samsung Malaysia. Telefon ini sekarang sedang dijual dengan promosi istimewa, di mana setiap pembelian Galaxy Z Flip4 Bespoke akan disertakan bersama hadiah bernilai RM1,298, termasuklah sarung Clear Slim Cover (bernilai RM99) dan jam tangan pintar Samsung Galaxy Watch4 versi Bluetooth (RM799).

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon unik ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    [Ditaja oleh Samsung Malaysia, diterjemahkan dari TechNave CN]

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...