More

    Bagaimana Samsung S95C OLED 4K Smart TV dan Q800C Sound Bar hasilkan teater rumah paling “power”

    Adakah anda sedang mencari televisyen dan sistem audio yang terbaik untuk mencipta sebuah pawagam kecil dalam rumah anda sendiri? Anda tidak perlu cari jauh lagi, kerana ia boleh dilakukan dengan televisyen flagship 4K terbaru daripada Samsung iaitu Samsung S95C OLED 4K Smart TV serta set pembesar suara Samsung Q800C Sound Bar.

    Kedua-dua peranti ini boleh disepadukan untuk menghasilkan suasana pawagam yang mengasyikkan dalam rumah, supaya anda boleh menghayati filem dan siri televisyen dengan lebih mendalam. Berikut adalah bagaimana teknologi dalam Samsung S95C OLED 4K Smart TV dan Samsung Q800C Sound Bar berfungsi untuk menghiburkan jiwa filem anda:

    Paparan Quantum Dot OLED untuk warna yang hidup

    Seperti yang tertera dalam namanya, Samsung S95C OLED 4K Smart TV mempunyai panel Quantum Dot OLED yang akan menghasilkan warna yang hidup dan tepat dengan visi yang diinginkan oleh penerbit filem. Ia juga menghasilkan warna hitam yang lebih gelap dan putih yang lebih terang.

    Warna yang sangat terang untuk sebuah TV OLED

    Paparan ini menggunakan teknologi Quantom Dot dengan setiap 8.3 juta piksel yang boleh menyala secara individu untuk kawalan warna yang tepat serta menghasilkan lebih satu bilion tona warna.

    Kualiti filem 4K yang paling jelas

    Televisyen ini dilengkapi pemproses Neural AI Quantum Processor 4K yang menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk memastikan setiap bingkai yang dihasilkan adalah tajam dan penuh dengan butiran jelas. Pemprosesan ini dilakukan dalam masa nyata dan boleh digunakan sewaktu menonton siaran langsung dan video-video yang dirakam menggunakan kamera lama.

    Ini juga bermaksud anda boleh memainkan video dengan resolusi yang lebih rendah (seperti 1080p), kemudian pemproses ini akan meningkatkan skala (upscaling) video tersebut untuk ditonton dengan lebih jelas dalam kualiti 4K.

    Rekaan minimalis yang melengkapkan hiasan dalaman rumah

    Walaupun ia dilengkapi pelbagai teknologi tercanggih untuk sebuah televisyen, Samsung S95C OLED 4K Smart TV masih mempunyai rekaan yang sangat minimalis dan tidak menggunakan banyak ruang. Dengan ketebalan setakat 11mm sahaja, ia mudah untuk diletakkan di atas meja atau digantung atas dinding.

    Rekaan minimalis yang sesuai diletakkan di mana-mana sahaja
    One Connect Box yang menghubungkan segala jenis kabel

    Untuk pengurusan kabel yang kemas, televisyen ini boleh dihubungkan dengan kiub One Connect yang hanya menggunakan satu kabel. Kabel daripada peranti lain seperti konsol gaming, dekoder atau pemain cakera Blu-ray boleh dihubungkan kepada One Connect Box kemudian One Connect Box itu boleh disembunyikan dalam rak atau belakang televisyen.

    "
    "

    Main game dengan lancar

    Dengan fungsi Motion Xcelerator Turbo Pro, paparan televisyen ini boleh menjana kadar segar semula sehingga 144Hz sewaktu anda bermain game. Ini bermaksud ia boleh memainkan game dengan animasi yang sangat lancar.

    Ia turut dilengkapi AMD FreeSync Premium Pro yang akan mengelakkan sebarang kesan koyak (screen tear) dan warna HDR dengan tindak balas (latency) rendah.

    Q-Symphony untuk pengalaman audio yang mengasyikkan

    Televisyen ini mempunyai pembesar suara top channel dengan pengiktirafan audio Dolby Atmos untuk kualiti audio yang menyeluruh. Ia turut mempunyai Object Tracking Sound (OTS)+ untuk audio 3D yang lebih realistik dan akan mengikut gerakan objek yang dipaparkan pada skrin.

    Untuk pengalaman audio yang lebih lengkap, televisyen ini boleh digabungkan dengan pembesar suara Samsung Q800C Sound Bar untuk mengaktifkan Q-Symphony, di mana Sound Bar dan pembesar suara dalaman akan dioptimakan untuk menghasilkan audio yang mengelilingi pengguna dalam bilik.

    Pembesar suara utama untuk Samsung Q800C
    Subwoofer untuk Samsung Q800C

    Samsung Q800C Sound Bar turut mempunyai saluran bunyi 5.1.2ch Sound untuk menghasilkan audio yang memenuhi ruang di sekeliling penonton.

    Apabila kedua-dua produk ini digabungkan, ia akan mengaktifkan SpaceFit Sound Pro bagi mengkalibrasikan kualiti audio yang terbaik menurut bentuk bilik anda. Sound Bar ini juga merupakan pembesar suara Dolby Atmos Surround Sound pertama yang boleh dihubungkan secara wayarles.

    Layari laman web Samsung Malaysia untuk maklumat lanjut mengenai Samsung S95C OLED 4K Smart TV dan Samsung Q800C Sound Bar. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    [Ditaja oleh Samsung Malaysia]

     

    Artikel Terkini

    TikTok Shop kenakan SST 6% untuk yuran penghantaran mulai 1 September ini

    TikTok Shop Malaysia mengumumkan pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebanyak 6% ke atas Yuran Penghantaran Sebenar bagi perkhidmatan berkaitan penghantaran yang...

    Rekaan cip ARM Malaysia dijangka siap pada 2028, pengeluaran bermula 2030

    Malaysia mensasarkan cip ARM buatan tempatan untuk memasuki fasa pengeluaran menjelang tahun 2030. Negara turut berhasrat untuk menggunakan cip berkenaan dalam rantaian...

    Sarawak iktiraf TNG eWallet sebagai kaedah bayaran gaji alternatif

    TNG Digital Sdn Bhd mengumumkan bahawa TNG eWallet kini diiktiraf secara rasmi oleh Jabatan Tenaga Kerja Sarawak (JTK Sarawak) sebagai kaedah pembayaran...

    BYD One Charge Challenge: 509KM tanpa cas, baki purata bateri masih 21%

    BYD Sime Motors mengumumkan kejayaan penganjuran One Charge Challenge yang melibatkan perjalanan pergi balik sejauh 509km antara Kuala Lumpur dan Gambang, Kuantan...

    Samsung pamer skrin masa depan untuk robot, kereta swapandu dan peranti AI

    Samsung Display baru-baru ini telah memperkenalkan beberapa inovasi paparan OLED terbaharu dalam acara IMID 2026. Acara itu menyaksikan penampilan julung kali teknologi...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured