More

    Bagaimana Samsung S95C OLED 4K TV dan Q800C Sound Bar boleh tingkatkan pengalaman “gaming” anda?

    Aktiviti gaming kini merupakan sebuah hobi yang sangat popular dalam kalangan rakyat Malaysia, di mana semakin banyak isi rumah sudah memiliki sebuah konsol gaming PlayStation atau komputer. Sungguh pun begitu, pengalaman gaming anda dihadkan dengan skrin dan sistem audio yang digunakan, jadi jika anda bermain game dengan televisyen atau pembesar suara yang hambar, ia bukan sahaja akan menurunkan pengalaman gaming, malah akan menyukarkan anda sewaktu bermain game yang kompetitif.

    Jadi jika anda ingin menikmati game anda secara menyeluruh, anda perlukan sistem video dan audio yang berkualiti tinggi seperti televisyen Samsung S95C OLED 4K dan pembesar suara Samsung Q800C Sound Bar. Berikut adalah bagaimana kedua-dua peranti ini boleh meningkatkan pengalaman gaming anda ke tahap yang seterusnya:

    Warna yang cantik dengan Quantum Dot OLED

    Samsung S95C OLED 4K Smart TV mempunyai panel Quantum Dot OLED yang boleh menghasilkan warna yang sangat cantik pada skrinnya, jadi setiap detik gaming anda akan nampak sangat hidup dan berwarna-warni seperti dalam filem. Saya telah memainkan pelbagai game sinematik dengan televisyen ini seperti Battlefield 4 dan Assassin’s Creed: Syndicate, dan saya amat menikmati warna terang yang dihasilkan pada skrin.

    Warna yang sangat cantik dipaparkan pada skrin
    Bahagian gelap dan terang jelas terpisah dalam game ini

    Paparan ini menggunakan teknologi Quantom Dot dengan setiap 8.3 juta piksel yang boleh menyala secara individu untuk kawalan warna yang tepat serta menghasilkan lebih satu bilion tona warna. Selain warna yang lebih tepat, ia juga boleh menghasilkan warna hitam yang lebih gelap dan putih yang lebih terang.

    Jika anda bermain game bersama beberapa orang serentak di ruang tamu, semua pemain boleh menikmati warna yang cantik ini daripada sebarang sudut. 

    Paparan 144Hz untuk gerakan yang paling lancar

    Buat masa ini, Samsung S95C OLED 4K Smart TV merupakan satu-satunya televisyen OLED yang menawarkan kadar segar semula (refresh rate) setinggi 144Hz pada resolusi 4K. Ini bermaksud sebarang animasi yang dipaparkan pada skrin nampak sangat lancar dan lebih realistik. Selain itu, ia juga boleh memberi kelebihan sewaktu bermain game yang kompetitif kerana anda boleh bertindak lebih pantas sedikit berbanding musuh.

    Kadar segar semula yang tinggi akan membantu anda bertindak balas dengan lebih cepat

    Perlu diingati bahawa anda perlukan komputer dengan spesifikasi yang agak canggih untuk memberikan kadar 144Hz sewaktu bermain game. Sungguh pun begitu, jika konsol anda tidak berupaya untuk hasilkan kadar sedemikian, Samsung S95C masih boleh menjana kadar 120Hz yang nampak lancar.

    Selain itu, Samsung S95C juga mempunyai fungsi FreeSync Premium Pro untuk mengurangkan kesan screen tearing sewaktu bermain game, supaya setiap bingkai (frame) boleh dihasilkan dengan sempurna tanpa kesan koyak (tear).

    Fungsi khas untuk gamers dalam Game Mode

    Sebaik sahaja anda menghubungkan konsol atau komputer gaming dengan Samsung S95C, ia akan mengesannya secara automatik dan anda boleh mengakses Game Mode untuk fungsi-fungsi yang membantu anda bermain game

    Anda boleh tetapkan beberapa fungsi seperti profil gambar Game Picture untuk setiap genre berasingan seperti RPG, strategi RTS, tembak-menembak FPS, sukan atau anda boleh cipta tetapan Picture yang sendiri. Sewaktu bermain game aksi seperti Assassin’s Creed, anda boleh hidupkan Minimap Zoom untuk besarkan map kecil (minimap) yang dipaparkan pada bucu skrin.

    Pelbagai menu dalam Game Mode
    Dengan Virtual Aim Point, anda boleh hidupkan titik membidik (crosshair) walaupun game anda tidak menyediakannya

    Sewaktu bermain game tembak-menembak pula, anda boleh hidupkan Virtual Aim Point jika game anda tidak mempunyai titik bidik (crosshair). Sesetengah game akan mematikan crosshair jika anda bermain dalam Hardcore Mode, namun dengan Virtual Aim Point, and masih boleh mempunyai bantuan dalam membidik senjata.

    Selain itu, jika anda melanggan kepada perkhidmatan penstriman awanan seperti Xbox Cloud Gaming atau NVIDIA GeForce Now, sistem operasi Samsung S95C boleh memainkan perkhidmatan tersebut tanpa memerlukan sebuah konsol. Perlu diingati bahawa perkhidmatan sebegini memerlukan kualiti internet yang laju dan stabil.

    Kualiti bunyi jelas dengan Q-Symphony

    Televisyen Samsung S95C mempunyai lapan pembesar suara top channel dengan pengiktirafan audio Dolby Atmos untuk kualiti audio yang menyeluruh. Ia turut mempunyai Object Tracking Sound (OTS)+ untuk audio 3D yang lebih realistik dan akan mengikut gerakan objek yang dipaparkan pada skrin.

    Untuk pengalaman audio yang lebih lengkap sewaktu bermain game, televisyen ini boleh digabungkan dengan pembesar suara Samsung Q800C Sound Bar untuk mengaktifkan Q-Symphony, di mana sound bar dan pembesar suara dalam televisyen akan dioptimakan untuk menghasilkan audio yang mengelilingi pengguna dalam bilik.

    Samsung Q800C terdiri daripada satu sound bar (kiri) dan satu subwoofer
    Q-Symphony akan menyeragamkan bunyi di antara televisyen dengan sound bar untuk pengalaman audio yang lebih menyeluruh

    Samsung Q800C Sound Bar turut mempunyai saluran bunyi 5.1.2ch Sound untuk menghasilkan audio yang memenuhi ruang di sekeliling penonton, jadi anda boleh rasa seperti berada dalam dunia game itu sendiri. Memandangkan sistem audio ini hanya terdiri daripada satu pembesar suara sound bar dan satu subwoofer, ia tidak mengambil banyak ruang dan sangat mudah untuk dipasang dalam ruang tamu atau bilik anda.

    Apabila kedua-dua produk ini digabungkan, ia akan mengaktifkan SpaceFit Sound Pro bagi mengkalibrasikan kualiti audio yang terbaik menurut bentuk bilik anda. Sound Bar ini juga merupakan pembesar suara Dolby Atmos Surround Sound pertama yang boleh dihubungkan secara wayarles.

    Layari laman web Samsung Malaysia untuk maklumat lanjut mengenai Samsung S95C OLED 4K Smart TV dan Samsung Q800C Sound Bar. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    [Ditaja oleh Samsung Malaysia]

     

    Artikel Terkini

    Ulasan Lenovo Yoga 7i 2-in-1 – Laptop paling serba boleh untuk tahun 2026!

    Dalam pasaran komputer riba semasa, kategori 2-in-1 sering kali dilihat sebagai peranti "serba boleh tetapi tiada satu pun yang cemerlang". Namun, Lenovo...

    Bukan iPhone sahaja, harga Mac dan iPad Apple di Malaysia kini naik mendadak

    Harga beberapa peranti Apple di Malaysia kini meningkat yang melibatkan siri Mac, iPad serta beberapa produk lain dengan kenaikan mencecah sehingga RM2,600...

    Samsung Galaxy A27 5G rasmi di Malaysia dengan SD 6 Gen 3, AI dan...

    Samsung secara rasmi mengumumkan pelancaran Samsung Galaxy A27 5G untuk pasaran Malaysia. Peranti dijana cip Qualcomm Snapdragon 6 Gen 3 yang dipadankan...

    Misteri video tular TV “diganggu” terbongkar, ini situasi sebenar yang berlaku

    Baru-baru ini, sebuah video yang tular di media sosial telah mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan netizen. Melalui video tersebut, dua orang lelaki...

    Nvidia belum selesai isu lama, RTX 5090 kembali cetus kontroversi kabel kuasa cair

    Isu kabel kuasa cair pada kad grafik Nvidia nampaknya masih belum berakhir. Walaupun standard 12V-2×6 diperkenalkan untuk menggantikan masalah lama 12VHPWR, laporan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...