fbpx
More

    Bagaimana vivo V27 5G boleh ambil gambar potret jelas dan cantik, walaupun pada waktu malam

    Aktiviti mengambil gambar kini sudah menjadi sebahagian daripada kegiatan harian kita, terutamanya dengan perkembangan teknologi kamera dalam telefon pintar yang membenarkan kita untuk mengambil gambar yang cantik dengan lebih mudah. Sungguh pun begitu, sukar untuk kita dapatkan kualiti gambar yang cantik daripada sebuah telefon kelas pertengahan.

    Jika anda sedang mencari telefon kelas pertengahan yang boleh ambil gambar sangat cantik, terutamanya dalam mod potret, vivo V27 5G adalah produk yang sempurna untuk anda. Untuk mengetahui bagaimana telefon ini boleh membantu anda mengambil gambar cantik, ayuh kita lihat ciri-ciri menarik pada peranti hebat ini: 

    Gambar mod potret yang sentiasa kemas, tidak kira situasi cahaya

    Gambar mod potret adalah mod yang amat popular dalam kalangan pengguna, di mana mereka boleh mengambil gambar manusia dengan latar belakang kabur seperti dalam gambar yang diambil menggunakan kamera DSLR. Sungguh pun begitu, kebanyakan telefon masih mempunyai masalah dalam mengambil gambar mod potret yang kemas dalam suasana malap.

    vivo V27 5G boleh menyelesaikan masalah ini dengan fungsi Aura Light Portrait. Apabila anda mengaktifkan mod potret pada kamera vivo V27 5G, ia akan menghidupkan lampu pengisian cincin (ring filler light) yang akan menerangkan muka anda untuk mengambil gambar potret yang cantik dalam suasana malap.

    Cahaya ini tidak silau seperti cahaya flash, sebaliknya hanya menghasilkan cahaya lembut yang boleh menyerlahkan muka anda. Ini menjadikan pencahayaannya nampak lebih natural dan realistik dan bukannya terlalu terang seperti pada telefon lain.

    Cahaya Aura Light akan menyala sewaktu anda mengaktifkan Low-Light Portrait
    Pencahayaan yang natural walaupun dalam suasana malap
    Gambar potret yang terang, walaupun pada waktu senja
    Potongan yang kemas di antara subjek dengan latar belakang, walaupun dalam suasana yang tidak begitu terang
    Perbandingan antara mod biasa (kiri), mod potret (tengah) dan mod potret dengan Aura Light (kanan), anda boleh lihat bagaimana cahaya Aura Light boleh mencerahkan muka dengan cahaya lembut
    Muka boleh dicerahkan secara natural walaupun dalam studio yang malap

    Kamera vivo V27 5G juga boleh mengesan rambut, baju dan tangan dan tepat, jadi ia boleh memisahkan subjek dengan latar belakang dengan lebih kemas tanpa sebarang cecat cela. Ini adalah lebih baik berbanding telefon lain yang tidak mempunyai pengesanan sempadan (edge detection) tepat, membuatkan kamera gagal memisahkan subjek dengan latar belakang secara kemas.

    vivo V27 5G boleh mengambil gambar dengan kualiti cantik kerana ia dilengkapi sensor Sony IMX766V yang selalunya hanya dilengkapi dalam telefon premium. Kini anda boleh menikmati kualiti gambar sama dalam telefon kelas pertengahan yang lebih mampu milik. Dengan penstabilan imej hibrid (OIS+EIS), ia akan memudahkan anda untuk mengambil gambar yang jelas walaupun anda sekadar memegang telefon ini.

    Gambar potret kemas bukan sahaja boleh dibuat dengan kamera utama, malah kamera swafoto 50MP pada vivo V27 juga boleh menghasilkan swafoto yang cantik dan jelas.

    Rekaan boleh berubah warna

    vivo V27 ditawarkan dalam beberapa pilihan warna iaitu emas Flowing Gold, hitam Noble Black dan hijau Emerald Green. Khas untuk warna Emerald Green, ia dilengkapi ciri warna yang boleh berubah jika ia didedahkan kepada cahaya matahari. Ini merupakan ciri yang eksklusif pada telefon vivo V27 5G dan ia membuatkannya nampak premium dan setaraf dengan telefon andalan.

    Warna asal Emerald Green yang nampak premium
    Warnanya boleh menjadi lebih gelap apabila didedahkan kepada cahaya matahari!

    Di samping itu, vivo V27 5G mempunyai bahagian sisi melengkung 3D Curved Screen dan ia merupakan telefon vivo dengan sisi melengkung yang ternipis setakat ini, dengan ketebalan 7.36mm sahaja dan berat 180 gram yang lebih ringan berbanding kebanyakan telefon. Ini membuatkan vivo V27 5G sesuai dimiliki oleh mereka yang tidak ingin menggunakan telefon tebal atau berat.

    Prestasi mantap untuk telefon kelas pertengahan

    vivo V27 5G merupakan telefon pertama dalam pasaran Malaysia yang dilengkapi cipset MediaTek Dimensity 7200, iaitu cipset telefon kelas pertengahan terbaru daripada MediaTek. Ia dibina dengan nod proses 4nm yang membuatkannya hampir setaraf dengan telefon-telefon premium, dan juga bermaksud ia boleh menghasilkan prestasi pantas untuk pelbagai kegunaan, daripada aplikasi harian hinggalah gaming.

    Storan dalamannya pula adalah 256GB yang cukup untuk menyimpan pelbagai jenis fail seperti game, gambar dan video. Ia mempunyai dua pilihan RAM iaitu 8GB dan 12GB, dan kedua-dua varian boleh dibesarkan lagi dengan fungsi Extended RAM 3.0 sebanyak 8GB lagi, menjadikan RAM keseluruhan boleh jadi sehingga 20GB. Ini adalah fungsi yang sangat penting buat mereka yang kerap membuka banyak aplikasi serentak dan ingin mengekalkan prestasi telefon pada tahap optimum.

    vivo V27 5G dilengkapi skrin yang bertaraf seperti telefon andalan
    Pengecas FlashCharge 66W turut disertakan dalam kotak

    Di samping itu, ia turut dilengkapi bateri besar berkapasiti 4,600mAh yang menyokong pengecasan pantas FlashCharge 66W, di mana pengecasan daripada 0% ke 50% mengambil masa 19 minit, manakala pengecasan penuh tidak mengambil masa lebih daripada sejam pun.

    vivo V27 5G kini sudah mula dijual di Malaysia pada harga bermula RM1,799 untuk varian 8GB+256GB dan RM1,999 untuk varian 12GB+256GB. Jika anda membelinya sebelum 1 Mei 2023, anda layak menerima beberapa hadiah bernilai RM957, termasuklah jaminan lanjutan setahun, perlindungan skrin retak selama setahun dan pelbagai baucar promosi bernilai RM636.

    Jika anda membeli varian 12GB+256GB pula, anda akan menerima hadiah tambahan iaitu pembesar suara Bluetooth, fon telinga wayarles TWS dan power bank 10,000mAh. Khas untuk para guru dan pelajar, anda boleh dapatkan diskaun lanjutan RM50 jika anda membelinya sebelum 9 April 2023.

    Anda boleh beli vivo V27 5G di laman web vivo Malaysia, Shopee atau Lazada. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan peranti menarik ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    [Ditaja oleh vivo Malaysia]

     

    Artikel Terkini

    Anda kini boleh tukar iPhone lama anda dalam talian dengan kredit sehingga RM3,900

    Akhirnya, Apple membenarkan pertukaran iPhone lama oleh pelanggan kepada yang baru. Pada mulanya, ia hanya terdapat di negara luar dan kini, program...

    Red Magic 9 Pro+ Bumblebee Transformers Edition dilancar berharga ~RM4,252

    Nubia telah melancarkan telefon pintar Red Magic 9 Pro+ Bumblebee Transformers Edition di China selepas mendedahkan imej promosi pada beberapa hari yang...

    Dyson Airstrait kini boleh didapati di Malaysia pada harga RM2,599

    Dyson memperkenalkan Dyson Airstrait, alat penggayaan rambut revolusioner yang menawarkan pelurus basah ke kering menggunakan udara, menghapuskan keperluan untuk plat panas dan...

    Siri HUAWEI P70 mungkin dilancar pada 2 April 2024

    HUAWEI bersedia untuk memperkenalkan siri HUAWEI P70 pada 2 April 2024, seperti yang ditunjukkan oleh tangkapan skrin yang tersebar di Weibo. Kebocoran...

    Siri vivo V30 5G dedahkan rahsia kesempurnaan potret dengan kelebihan Zeiss

    Dengan bangga, vivo Malaysia mempersembahkan siri vivo V30 5G yang begitu dinantikan di negara kita. Penuhi keperluan teknologi anda dengan peranti yang...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured