More

    Bajet 2023: 50,000 komputer riba untuk sekolah dan institusi pendidikan KPM

    Kerajaan akan menyediakan 50,000 komputer riba untuk sekolah dan institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan tahun ini. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata adalah penting bagi guru dan pelajar untuk didedahkan dan menyesuaikan diri dengan teknologi.

    Beliau menambah bahawa guru memainkan peranan penting dalam mendidik anak-anak. Selaras dengan arus pemodenan, keperluan pengajaran dan pembelajaran guru perlu cepat menyesuaikan diri dengan teknologi digital.

    Bajet 2023 menyaksikan kerajaan memberi tumpuan kepada pendidikan dengan Kementerian Pendidikan mendapat bahagian terbesar dengan peruntukan sebanyak RM55.2 bilion. Ini termasuk RM2.3 bilion untuk menaik taraf bangunan dan infrastruktur sekolah usang di 380 sekolah daif, penyelenggaraan kemudahan sekolah, pembinaan kemudahan mesra OKU dan pembinaan dewan terbuka untuk perhimpunan sekolah.

    Sebanyak RM777 juta lagi adalah untuk Rancangan Makanan Tambahan (RMT) yang akan memanfaatkan 700,000 pelajar. RM108 juta juga akan diperuntukkan untuk Bantuan Makanan Prasekolah (BMP) untuk memanfaatkan lebih 240,000 pelajar meningkat 21% daripada RM89 juta tahun lepas.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: RTM

     

    Artikel Terkini

    Siri OPPO A7 Pro diumum di Malaysia dengan bateri 10,000mAh, cas pantas 80W dan...

    OPPO melancarkan dua model peranti baharu untuk pasaran tempatan iaitu OPPO A7 Pro 5G dan OPPO A7 Pro Max 5G yang memfokuskan...

    Laptop boleh jadi PC gaming? UGREEN lancar LinkStation Pro dengan kuasa 850W

    UGREEN memperkenalkan dok kad grafik luaran (eGPU) baharu iaitu UGREEN LinkStation Pro yang menggunakan teknologi sambungan Thunderbolt 5. Kelajuan pemindahan data yang...

    KDN kini ada ‘Menteri AI’ untuk jawab soalan rakyat, sokong 12 bahasa

    Kementerian Dalam Negeri (KDN) melancarkan inisiatif AI Digital Human sebagai saluran interaktif baharu berasaskan teknologi kecerdasan buatan bagi mengendalikan soalan dan soalan...

    Netflix naik harga lagi di Malaysia, langganan kini cecah RM69.90 sebulan

    Netflix mengumumkan penyemakan semula kadar yuran langganan bulanan di Malaysia yang melibatkan semua peringkat pelan serta penambahan slot ahli. Kenaikan harga ini...

    Starship tamatkan fasa ujian, satelit Starlink V3 akan mula dibawa ke orbit

    SpaceX menyasarkan 18 September bagi pelaksanaan ujian penerbangan ke-14 roket Starship dari tapak pelancaran Starbase di Texas. Misi ini dijangka membawa perubahan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured