More

    Bajet 2023: RM2 bilion untuk syarikat pemula teknologi dan PKS

    Bank Negara akan menyediakan pembiayaan RM2 bilion untuk syarikat permulaan teknologi yang mampan serta membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) melaksanakan amalan berdagang bebas karbon.

    Khazanah akan menyediakan RM150 juta untuk meningkatkan projek mesra alam termasuk menyokong pasaran karbon dan penghutanan semula. Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ini adalah sebahagian daripada langkah kerajaan untuk menggalakkan amalan menjaga alam dalam kalangan perniagaan tempatan.

    Selain itu, Skim Pembiayaan Teknologi Hijau (GTFS) akan ditambah baik dengan meningkatkan nilai jaminan kepada RM3 bilion sehingga 2025. Perdana menteri juga menambah terdapat rancangan untuk melanjutkan tempoh Elaun Cukai Pelaburan Hijau (GITA) dan Pengecualian Cukai Pendapatan Hijau (GITE) sehingga 31 Disember 2025.

    Pelanjutan itu termasuk memanjangkan tempoh insentif daripada tiga kepada lima tahun untuk aktiviti penghijauan alam yang layak. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: News Straits Times

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...