More

    Bank di Korea ambil manusia buatan Samsung, NEON sebagai pegawai bank

    Manusia buatan atau kecerdasan buatan (AI) manusia bukan perkara baharu dalam bidang robotik dan teknologi. Samsung terdahulu telah memperkenalkan manusia buatannya pada konferens CES 2020. Terkini, Samsung mempamerkan apa yang boleh dilakukan oleh manusia buatan NEON dalam urusan perbankan.

    Manusia buatan ini berfungsi melalui peranti paparan berbingkai dengan sensor 4K, indikator status RGB, pembesar suara Hi-Fi dan mikrofon. Samsung NEON Frame ini bakal ditempatkan di Shinhan Bank, Korea sebagai penasihat kewangan dan juruwang peribadi.

    Peranti ini turut mempunyai sensor cap jari untuk menawarkan urusan perbankan tertentu kepada pelanggan. Ia juga mampu menyokong urusan seperti pembayaran dan pembaca kad. Lebih menarik, peranti ini mempunyai teknologi yang mampu mewujudkan rupa manusia.

    Apa pun, teknologi ini direka untuk membantu memudahkan urusan manusia, bukan menggantikan kerja manusia. Terdahulu, Samsung juga pernah mempamerkan sistem AI ini sebagai pembaca berita di Korea.

    Apakah pandangan mengenai hal ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    Xiaomi 18 Pro disahkan hadir dengan aplikasi AI sendiri pada skrin belakang

    Xiaomi mengesahkan siri Xiaomi 18 Pro hadir dengan paparan skrin belakang dipanggil Versatile Back Screen yang menyokong pemprosesan aplikasi jana AI. Ciri...

    Siri OPPO A7 Pro diumum di Malaysia dengan bateri 10,000mAh, cas pantas 80W dan...

    OPPO melancarkan dua model peranti baharu untuk pasaran tempatan iaitu OPPO A7 Pro 5G dan OPPO A7 Pro Max 5G yang memfokuskan...

    Laptop boleh jadi PC gaming? UGREEN lancar LinkStation Pro dengan kuasa 850W

    UGREEN memperkenalkan dok kad grafik luaran (eGPU) baharu iaitu UGREEN LinkStation Pro yang menggunakan teknologi sambungan Thunderbolt 5. Kelajuan pemindahan data yang...

    KDN kini ada ‘Menteri AI’ untuk jawab soalan rakyat, sokong 12 bahasa

    Kementerian Dalam Negeri (KDN) melancarkan inisiatif AI Digital Human sebagai saluran interaktif baharu berasaskan teknologi kecerdasan buatan bagi mengendalikan soalan dan soalan...

    Netflix naik harga lagi di Malaysia, langganan kini cecah RM69.90 sebulan

    Netflix mengumumkan penyemakan semula kadar yuran langganan bulanan di Malaysia yang melibatkan semua peringkat pelan serta penambahan slot ahli. Kenaikan harga ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured