More

    Bank Islam tamatkan perkhidmatan Be U bermula 31 Julai ini

    Bank Islam mengumumkan bahawa platform perbankan digital Be U akan ditamatkan sepenuhnya bermula 31 Julai 2026. Selepas tarikh tersebut, pengguna tidak lagi boleh menggunakan kad debit Visa Be U termasuk untuk transaksi pembayaran berulang yang sebelum ini disambungkan kepada akaun berkenaan.

    Bank Islam turut memaklumkan bahawa penyata akaun Be U perlu dimuat turun sebelum 31 Julai 2026 kerana ia tidak lagi boleh diakses selepas perkhidmatan ditutup sepenuhnya. Penamatan ini bukan sesuatu yang mengejutkan memandangkan Bank Islam sebelum ini sudah menghentikan pendaftaran baharu Be U sejak Mei tahun lalu.

    Pada waktu itu, Bank Islam telah menyatakan rancangan untuk memindahkan pengguna Be U ke akaun perbankan utama Bank Islam. Bagi pengguna sedia ada, dana dalam akaun Be U boleh dipindahkan ke akaun bank lain atau akaun Bank Islam menggunakan transaksi DuitNow seperti biasa sebelum tarikh penamatan rasmi.

    Dalam masa sama, fokus kini diberikan kepada penambahbaikan aplikasi utama mereka iaitu BIMB Mobile bagi menawarkan pengalaman pengurusan kewangan yang lebih fleksibel dan menyeluruh. Pengguna Be U disarankan untuk membuat pemindahan dana serta mengurus pembayaran berkaitan lebih awal bagi mengelakkan sebarang gangguan selepas 31 Julai 2026.

    Sumber lanjut boleh dirujuk menerusi laman rasmi Be U. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Bank Islam

     

    Artikel Terkini

    OPPO Find X10 Pro Max tiba sebagai telefon pertama di dunia dengan tiga kamera...

    OPPO secara rasmi memperkenal peranti mercu terbaharu Find X10 Pro Max yang dijana oleh cip pemprosesan MediaTek Dimensity 9600 Pro. Sistem kamera...

    MediaTek umum Dimensity CX C10 Max, cip 3nm pertama khas untuk Googlebook

    MediaTek melancarkan pemproses baharu Dimensity CX C10 Max yang merupakan cip pertama di bawah siri siri Compute Experience (CX). Pemproses ini dibina...

    vivo OriginOS 7 dilancar dengan prestasi lancar hingga 72 bulan!

    vivo secara rasmi memperkenalkan sistem operasi OriginOS 7 yang direka untuk mengekalkan prestasi lancar menerusi ujian anti-penuaan makmal selama 72 bulan. Sistem...

    Googlebook diperkenal, laptop pertama direka khas untuk Gemini Intelligence

    Qualcomm Technologies mengumumkan kerjasama dengan Google untuk membawa platform Snapdragon X Elite ke laptop Googlebook iaitu kategori komputer riba baharu yang direka...

    Nothing Phone (4b) dan Ear (3a) kini tersedia di Malaysia pada harga RM1,599 dan...

    Nothing melancarkan dua peranti baharu bagi pasaran Malaysia iaitu telefon pintar Nothing Phone (4b) dan fon telinga nirwayar Nothing Ear (3a). Nothing...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured