More

    Bank Muamalat perkenalkan ATLAS, platform perbankan digital patuh syariah

    Bank Muamalat Malaysia Berhad melancarkan ATLAS iaitu platform perbankan digital patuh syariah generasi baharu sebagai sebahagian daripada transformasi ke arah model perbankan berteraskan digital. Pelancaran rasmi berlangsung di IOI Mall Putrajaya dengan konsep “Your Journey to Better” yang menumpukan kepada integrasi perbankan dan gaya hidup dalam satu ekosistem.

    ATLAS menawarkan akaun simpanan patuh syariah sepenuhnya dengan ciri Savings Pouch serta kadar keuntungan sehingga 2.25 peratus setahun. Platform ini beroperasi sepenuhnya secara digital yang membolehkan pengguna membuka dan mengurus akaun tanpa kebergantungan kepada cawangan fizikal.

    Selain fungsi perbankan asas, ATLAS juga menyepadukan ciri gaya hidup khusus untuk pengguna Muslim termasuk waktu solat, doa harian, akses Al-Quran, arah kiblat dan lokasi masjid. Perkhidmatan tambahan seperti aqiqah dan qurban sedang dirancang dalam fasa seterusnya.

    Lifestyle Reward Points turut diperkenalkan untuk memberi ganjaran kepada pengguna melalui aktiviti perbankan harian selain menyokong penyertaan terus dalam kempen Save2Win tanpa perlu hadir ke cawangan.

    Bank Muamalat turut merancang untuk menambah kemudahan pembiayaan dan pelaburan dalam masa terdekat bagi melengkapkan ekosistem ATLAS sebagai platform kewangan digital menyeluruh. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...