More

    Bantuan 1GB percuma setiap hari dilanjutkan sehingga 30 April bagi membantu pembelajaran di rumah

    Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia hari ini telah mengesahkan bahawa peruntukan data 1GB percuma setiap hari akan dilanjutkan sehingga 30 April 2021 bagi membantu para pelajar dan guru untuk mengamalkan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

    Data 1GB ini boleh digunakan untuk mengakses bahan-bahan pengajaran atau e-mel sepanjang hari tanpa sekatan waktu, namun ia tidak boleh digunakan untuk media sosial, video, gaming atau muzik.

    Di samping itu, pihak industri telekomunikasi juga akan menawarkan pakej langganan khas buat para pelajar yang akan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di mana data 15GB akan ditawarkan pada harga RM20 sebulan.

    Syarikat YTL Communications Sdn Bhd pula akan melanjutkan inisiatif Learn From Home (LFH) di mana pemohon di kalangan B40 boleh mendapatkan telefon dan kad SIM percuma dengan data sebanyak 40GB. SKMM berharap semua inisiatif ini akan dimanfaatkan oleh para pelajar untuk meneruskna pembelajaran pada waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured