More

    Bantuan e-Tunai RM100 akan dikreditkan pada bulan Disember

    Pada bulan Julai lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bantuan e-Tunai atau eWallet sebanyak RM100 kepada 10 juta rakyat Malaysia dewasa. Berita terkini pula mengatakan kerajaan akhirnya mendedahkan tarikh pengedaran kredit eWallet tersebut bermula pada Disember 2023.

    Timbalan Menteri Kewangan II, Steven Sim Chee Keong memuji inisiatif bernilai RM1 bilion ini dengan menyatakan bahawa ia bukan sahaja memberi faedah kepada isi rumah penerima, malah juga memanfaatkan pasaran tempatan, terutamanya pedagang kecil dan penjaja. Bantuan eWallet ini merupakan sebahagian daripada inisiatif kerajaan untuk golongan B40 dan M40.

    Secara khusus, semua rakyat Malaysia yang berumur 21 tahun ke atas akan menerima kredit RM100 jika pendapatan tahunan mereka di bawah RM100,000. Walau bagaimanapun, mekanisme bagi bantuan e-Tunai ini belum diumumkan lagi, termasuk platform eWallet yang akan menyertai dan cara penebusannya.

    Beri pendapat anda di Facebook  dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Bernama

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...