More

    Bantuan Prihatin Nasional: Rayuan dibuka untuk yang tidak berjaya, pastikan makluman status daripada pihak LHDNM

    Kami pasti ramai yang sedang mencuba mengemas kini permohonan untuk Bantuan Prihatin Nasional (BPN). Berikut adalah maklumat tambahan mengenai permohonan BPN yang anda perlu tahu.

    Untuk permohonan yang berjaya, anda akan mendapat makluman daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM). Makluman tersebut adalah daripada e-mel rasmi [email protected]. Jika anda menerima makluman daripada SMS, makluman tersebut haruslah daripada nombor rasmi LHDNM, 62000 atau 63833 sahaja. Semak penghantar makluman anda.

    Sepintas lalu, golongan B40 dan M40 layak menerima Bantuan Prihatin Nasional ini. Klik pada pautan ini untuk maklumat lanjut. Jika anda tidak pasti adakah anda sudah mempunyai rekod atau tidak, anda boleh menyemak di laman web LHDN atau BPN seperti yang tertera dalam poster di bawah. Sekiranya tiada rekod, anda boleh kemukakan permohonan baru, manakala jika tidak berjaya, anda boleh kemukakan rayuan yang telah dibuka mulai hari ini (3 April) di laman web yang tertera.

    Apa pun, jika makluman status penerimaan BPN bukan daripada e-mel atau nombor rasmi di atas, anda boleh menyalurkan maklumat palsu ke sebenarnya.my atau hubungi laman Facebook LHDNM. Anda juga boleh menyertai telegram PRE-PRIHATIN untuk maklumat lanjut.

    Sumber: LHDNM

     

    Artikel Terkini

    Selepas 7 tahun menghilang, vivo S2 kini dilancarkan dengan bateri 7,050mAh dan IP69

    vivo melancarkan telefon pintar terbaharunya iaitu vivo S2 selepas siri berkenaan tidak mengeluarkan model baharu hampir tujuh tahun. Peranti kelas pertengahan ini...

    U Mobile kini raja telco Malaysia? Gondol 8 anugerah dalam laporan terbaharu

    Opensignal secara rasmi mengeluarkan Laporan Pengalaman Rangkaian Mudah Alih Malaysia bagi Julai 2026 berdasarkan data yang dikumpul bermula 1 April hingga 29...

    BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro diperkenal di Malaysia dengan bateri 108.7kWh, jarak...

    BMW Malaysia secara rasmi memperkenalkan BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro baharu iaitu model pengeluaran pertama dalam barisan Neue Klasse untuk...

    DJI Mic Mini 2S tiba di Malaysia dengan rakaman 32-Bit, pembatalan hingar AI dan...

    DJI melancarkan mikrofon wayarles kompak terbaharu iaitu DJI Mic Mini 2S untuk pasaran Malaysia. Ia direka khusus untuk pencipta kandungan, pengatur cara...

    RHB Pay dilancar — Terima kad, FPX dan DuitNow Pay dalam satu platform

    RHB Bank Berhad secara rasmi melancarkan RHB Pay yang merupakan gerbang pembayaran dalam talian bersatu pertama yang dibangunkan, dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured