More

    Bantuan SARA RM100 masuk MyKad 9 Februari – Ini cara semak status dan lokasi kedai

    Khabar gembira buat seluruh rakyat Malaysia kerana Kementerian Kewangan telah mengesahkan bahawa bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) RM100 secara one-off akan mula dikreditkan ke dalam MyKad masing-masing bermula Isnin, 9 Februari 2026.

    Bantuan ini bakal memberi manfaat kepada kira-kira 22 juta warganegara yang berumur 18 tahun ke atas bagi meringankan beban kos sara hidup menjelang musim perayaan tidak lama lagi. Berbeza dengan bantuan tunai lain, anda tidak perlu membuat pengeluaran di mesin ATM kerana bantuan ini disalurkan secara tanpa tunai terus ke dalam sistem MyKad.

    Anda kini sudah boleh mula menyemak status kelayakan secara dalam talian melalui portal rasmi MyKasih di sara.gov.my dengan hanya memasukkan nombor kad pengenalan tanpa perlu mendaftar akaun baharu. Bagi yang layak, bantuan RM100 boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas di lebih 10,000 rangkaian kedai terpilih di seluruh negara termasuklah 99 Speedmart, Mydin, Lotus’s, Econsave, Giant dan KK Super Mart.

    Selain pasar raya besar, banyak kedai runcit komuniti yang mempunyai logo MyKasih turut menyokong kaedah pembayaran ini di mana anda hanya perlu membawa MyKad dan menetapkan nombor PIN ketika membuat bayaran di kaunter. Terdapat 14 kategori barangan yang dibenarkan untuk pembelian menggunakan bantuan antaranya termasuklah beras, roti, telur, minyak masak, tepung serta barangan kebersihan diri dan ubat-ubatan.

    Tempoh penggunaan kredit adalah sangat panjang iaitu sehingga 31 Disember 2026, jadi anda tidak perlu tergesa-gesa untuk menghabiskannya dalam masa satu hari. Dalam pada masa yang sama, orang ramai diingatkan supaya sentiasa berwaspada dengan taktik penipuan melalui SMS atau WhatsApp yang meminta maklumat perbankan untuk kononnya “menebus” bantuan ini.

    Kerajaan tidak pernah meminta sebarang butiran akaun bank atau kod OTP bagi bantuan SARA kerana segalanya diproses secara automatik melalui sistem MyKad. Pastikan anda hanya merujuk portal rasmi kerajaan dan kongsikan maklumat sahih kepada ahli keluarga serta rakan-rakan agar semua maklum mengenai hak mereka Isnin depan.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Netflix naik harga lagi di Malaysia, langganan kini cecah RM69.90 sebulan

    Netflix mengumumkan penyemakan semula kadar yuran langganan bulanan di Malaysia yang melibatkan semua peringkat pelan serta penambahan slot ahli. Kenaikan harga ini...

    Starship tamatkan fasa ujian, satelit Starlink V3 akan mula dibawa ke orbit

    SpaceX menyasarkan 18 September bagi pelaksanaan ujian penerbangan ke-14 roket Starship dari tapak pelancaran Starbase di Texas. Misi ini dijangka membawa perubahan...

    HONOR Magic9 Super Edition bakal tiba dengan bateri 11,000mAh dan paparan 165Hz

    HONOR dilaporkan sedang membangunkan telefon pintar mercu baharu menerusi model HONOR Magic9 Super Edition. Berdasarkan maklumat kebocoran spesifikasi yang tertumpu pada siri...

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...