More

    Barisan Razer Nommo V2 dilancar di Malaysia: Audio Spatial THX, Profil Permainan THX dan EQ khas bermula RM859

    Razer mengumumkan pelancaran pembesar suara PC gaming terbaharu mereka, barisan Razer Nommo V2, Razer Nommo V2 Pro dan Razer Nommo V2 X.

    Nommo V2 Pro mempunyai pemacu jarak penuh 3 inci dengan palam fasa aluminium yang menawarkan akustik semula jadi, jelas dan merupakan sistem pembesar suara PC gaming pertama di dunia yang menampilkan subwoofer wayarles hala ke bawah.

    Razer Nommo V2
    Razer Nommo V2 Pro

    Nommo V2 Pro adalah sistem pembesar suara desktop pertama di dunia yang dilengkapi dengan Audio Spatial THX, Profil Permainan THX, EQ khas yang menyampaikan bunyi sekeliling dengan optimum untuk beberapa tajuk game popular seperti Cyberpunk 2077 dan Monster Hunter Rise: Sunbreak.

    Untuk kawalan yang mudah dengan sambungan yang lancar, Razer memperkenalkan Pod Kawalan Tanpa Wayar. Ia boleh diputar, diklik untuk navigasi yang mudah dan kawalan intuitif dalam mengawal tetapan seperti kelantangan, main/jeda, EQ dan banyak lagi. Ia juga mampu bertahan sehingga lapan bulan dengan sambungan Bluetooth. Ciri ini hadir pada Nommo V2 Pro dan akan disediakan sebagai aksesori kendiri untuk Nommo V2 dan Nommo V2 X mulai Ogos ini.

    Razer Nommo V2 X

    Razer juga meluaskan barisan Nommo V2 dengan pengenalan Nommo V2 dan Nommo V2 X baharu. Kedua-dua pembesar suara dilengkapi dengan dua pemacu jarak penuh 3 inci dan Audio Spatial THX untuk kualiti bunyi yang tinggi. Nommo V2 mempunyai subwoofer berwayar dan dikuasakan oleh unjuran belakang Razer Chroma RGB untuk pengalaman gaming yang mengasyikkan. 

    Sementara itu, Nommo V2 X merupakan sistem pembesar suara 2.0 dalam reka bentuk minimalis, dilengkapi dengan port bass menghadap belakang. Barisan Razer Nommo V2 serasi dengan PC, PlayStation, Nintendo Switch dan peranti mudah alih.

    Razer Nommo V2 Pro, Nommo V2 dan Nommo V2 X boleh didapati di halaman web rasmi Razer dan peruncit sah masing-masing pada harga RM2,309.00, RM1,399.00 dan RM859.00.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...