More

    Barisan Xiaomi Redmi K50 dengan cipset Snapdragon 8+ Gen 1 mungkin dilancar tidak lama lagi

    Seperti yang kita ketahui, Redmi K50 telah dilancarkan dengan cipset Dimensity 9000 pada bulan Mac lalu. Qualcomm pula telah melancarkan cipset andalannya iaitu Snapdragon 8+ Gen 1 untuk memberikan prestasi yang baik kepada peranti kelas atasan. Xiaomi sudah pun melancarkan siri Xiaomi 12S dengan cipset Snapdragon 8+ Gen 1 dan kini terdapat berita bahawa cipset ini akan terdapat dalam telefon Redmi K50.

    Ketua jenama, Lu Weibing atau juga dikenali sebagai William Lu, mendedahkan di Weibo bahawa peranti andalan baharu bagi Redmi K50 sedang dalam pembangunan dan ia akan hadir tidak lama lagi menggunakan cipset Qualcomm.

    Sebelum ini, Lu berkongsi imej peranti Xiaomi mengesahkan kecekapan tenaga 33% lebih baik daripada CPU Plus dan 30% peningkatan GPU. Kami menjangkakan peranti tersebut akan membawa nama Redmi K50 Ultra. 

    Beberapa laporan turut mendakwa peranti dengan cipset Snapdragon 8+ Gen 1  akan membawa nama Redmi K50S yang serupa sebagai varian khas seperti siri Xiaomi 12S. Namun, ini hanyalah khabar berita tanpa sebarang pengesahan rasmi daripada Xiaomi sendiri. Kami masih menggu laporan seterusnya dalam beberapa minggu.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    Sumber: GSMArena

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured