More

    Bayaran kompaun DBKL melalui Maybank2u dan MAE dihentikan mulai 1 Januari 2025

    Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memaklumkan bahawa mulai 1 Januari 2025, perkhidmatan pembayaran kompaun DBKL melalui platform Maybank2u dan aplikasi MAE tidak lagi disediakan.

    Langkah ini diambil susulan keputusan DBKL untuk menghentikan perkhidmatan pembayaran dalam talian melalui JomPAY (kod bil: 31898) dan Bill Payments (nama bil: DBKL KOMPAUN ONLINE). Pengumuman ini bermakna DBKL tidak lagi disenaraikan sebagai penerima bil untuk pembayaran kompaun. Namun, perubahan ini hanya melibatkan pembayaran kompaun DBKL.

    Para pelanggan masih boleh membuat pembayaran untuk Cukai Taksiran, Cukai Tanah Rumah Jual dan perkhidmatan lain seperti biasa melalui Maybank2u dan aplikasi MAE. Sebagai alternatif, pembayaran kompaun DBKL boleh dilakukan melalui kaunter pembayaran DBKL, POS Malaysia atau secara dalam talian melalui portal DBKLBayar, aplikasi PAY@KL atau aplikasi PBTPay.

    Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh menghubungi DBKL. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Maybank2u

     

    Artikel Terkini

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    TECNO tayang telefon skrin 0mm pertama – Tiada lagi bezel hitam!

    TECNO memperlihatkan telefon konsep Next-Gen Bezelless menjelang kemunculan pertamanya di acara IFA 2026. Ia dibangunkan untuk menghapuskan garisan hitam di sekeliling paparan...

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured