More

    Bazaar Ramadan Presint 3 Putrajaya kini digital, pesan makanan terus melalui foodpanda

    Sekarang ini warga sekitar Putrajaya sudah tidak perlu pening kepala mengejar masa ke bazaar untuk mendapatkan juadah berbuka puasa kerana Bazaar Ramadan Presint 3 kini boleh dipesan terus melalui aplikasi foodpanda hasil kolaborasi dengan Perbadanan Putrajaya. Penduduk sekitar boleh memesan makanan bermula hari ini sehingga 20 Mac 2026.

    Menerusi program rintis ini, lebih 200 gerai bazaar dibawakan secara digital melalui butang khas “Ramadan Bazaar” dalam aplikasi untuk memudahkan mereka yang mempunyai jadual padat terutamanya golongan profesional dan ibu bapa bagi mendapatkan hidangan kegemaran.

    Langkah-langkah untuk memesan:

    • Buka aplikasi foodpanda dan pilih petak “Ramadan Bazaar”.
    • Lihat pelbagai pilihan juadah yang tersedia di Bazaar Ramadan Putrajaya.
    • Pilih makanan kegemarab anda dan teruskan ke proses pembayaran (check out).
    • Bertenang sementara makanan anda diambil, dibungkus dan dihantar dalam tempoh 40-50 minit.

    Steff Yong, Pengarah Pemasaran foodpanda Malaysiamenjelaskan bahawa inisiatif ini bukan sekadar tentang penghantaran makanan tetapi bertujuan memberikan semula masa berharga kepada pengguna sambil menyokong pendapatan vendor serta rakan penghantar melalui cara yang lebih segar dan moden dalam menikmati tradisi.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk memesan foodpanda dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...