More

    Beats Flex Fragment Design bakal dilancar 18 November 2021

    Pada hari Selasa lepas, Beats melancarkan Beats Flex hitam edisi terhad dengan kerjasama Fragment Design. Menurut halaman Twitter Beats Apple, Flex serba hitam menandakan kerjasama mereka dengan Fragment untuk produk 2021. Ia berinspirasikan kesinambungan daripada kerjasama mereka sebelum ini dan dikatakan ia nampak lebih elegan dan sempurna dengan warna hitam.

    Menurut pendapat peribadi Hiroshi Fujiwara, beliau lebih suka memakai fon telinga yang ringan untuk mendengar muzik dan mengharapkan orang ramai menggunakannya setiap hari. Beats Flex menampilkan jalur hitam serta dihiasi dengan logo Fragment “FRGMT” di modul kawalan fon telinga.

    Beats Flex merupakan susulan fon telinga wayarles Beats X dan menampilkan cip W1, hayat bateri 12 jam, sambungan USB-C dan akustik yang dipertingkatkan. Cipset W1 membolehkan sambungan pantas dengan peranti iOS dan menyokong perkongsian audio. Fon telinga wayarles Beats Flex membawa harga $69.99 (~RM262) dan mula dijual pada 18 November ini.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Apple Insider

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...