More

    Beberapa aplikasi mula menawarkan fungsi ChatGPT di dalamnya

    ChatGPT kini semakin dikenali sebagai alat sembang berasaskan kecerdasan buatan (AI chatbot) yang boleh mengarang karangan panjang dengan hanya daripada beberapa patah perkataan yang diberi oleh penggunanya. Kini, fungsi tersebut bakal diperkenalkan dalam beberapa aplikasi media sosial, e-dagang dan banyak lagi.

    Menurut pembina ChatGPT, OpenAI, mereka sudah melancarkan antaramuka pemprograman aplikasi (application programming interface, API) untuk ChatGPT yang membenarkan alat AI itu untuk dimasukkan ke dalam mana-mana aplikasi telefon pintar.

    OpenAI juga mengumumkan mereka telah mencapai penjimatan kos sebanyak 90% sejak Disember lalu, dan mereka ingin berkongsi penjimatan ini bersama pengguna API mereka. Ini bermaksud para pembina aplikasi boleh menyertakan ChatGPT dalam aplikasi mereka dengan harga yang lebih murah.

    Beberapa aplikasi popular sudah pun menawarkan ChatGPT di dalamnya, termasuklah media sosial Snapchat, aplikasi pembelajaran Quizlet dan Speak serta aplikasi membeli-belah Instacart dan Shop.

    Walaupun ini bukanlah aplikasi yang popular di Malaysia, fungsi ChatGPT atau yang serupa dengannya pasti akan ditawarkan dalam lebih banyak aplikasi lain pada masa hadapan.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: ChatGPT

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured