More

    Beberapa bank termasuk RHB, YTL dan AEON berjaya terima lesen bank digital oleh BNM

    Hari ini, Bank Negara Malaysia (BNM) secara rasmi mengumumkan lima pemohon yang berjaya untuk lesen bank digitalnya. Untuk pengetahuan, sebanyak 29 permohonan telah dihantar tetapi hanya segelintir sahaja yang mendapat kelulusan Menteri Kewangan Malaysia.

    Daripada laporan itu, Boost Holdings, RHB Bank Berhad, Sea Limited, YTL Digital Capital Sdn. Bhd. dan KAF Investment Bank Sdn. Bhd. dimiliki majoriti oleh rakyat Malaysia (dilesenkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (FSA). Dua lagi dilesenkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (IFSA) iaitu AEON Financial Service Co., Ltd., AEON Credit Service ( M) Berhad, MoneyLion Inc dan KAF Investment Bank Sdn Bhd.

    Menurut Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Nor Shamsiah, pemohon yang berjaya untuk lesen bank digital diharap agar memajukan lagi rangkuman kewangan serta menyediakan cara yang lebih selamat dan mudah untuk berurus niaga. Shamsiah berharap ini dapat membantu Malaysia mengatasi halangan geografi, mengurangkan kos transaksi dan menggalakkan pengurusan kewangan yang lebih baik.

    Bagaimana lima pemohon diluluskan untuk lesen bank digital bergantung kepada beberapa faktor oleh BNM. Ia termasuk identiti, integriti pemohon, ketulenan, kebolehlaksanaan rancangan dan rekod dan pengalaman perniagaan mereka. Sebanyak empat peringkat penilaian telah dilaksanakan dengan bantuan pasukan teknikal silang fungsi, pasukan penyemak serta pemerhati bebas dalaman daripada jabatan risiko dan undang-undang BNM.

    Pemohon yang berjaya akan menjalani tempoh kesediaan operasi. BNM akan mengesahkan proses itu melalui pengauditan yang boleh mengambil masa antara 12 hingga 24 bulan. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured