Beberapa pengguna iPhone melaporkan bahawa mereka melihat sedikit bayangan warna (tint) hijau pada skrin telefon mereka selama beberapa saat selepas ‘unlock’, dan masih tidak jelas mengapkah perkara tersebut terjadi.
Menurut beberapa komen dalam Reddit dan forum MacRumors, iPhone yang sering dilaporkan mengalamai masalah ini adalah iPhone 11, 11 Pro dan 11 Pro Max. Walau bagaimanapun, beberapa pengguna iPhone X dan XS turut mengalami isu yang sama.

Beberapa pengguna mengatakan warna hijau tersebut hanya muncul apabila mereka mengaktifkan Dark Mode dan Night Shift atau berada dalam bilik yang gelap. Mereka juga mengatakan isu ini timbul selepas mengemas kini iPhone mereka kepada iOS 13.4 atau iOS 13.5.
Adakah anda mengalami isu yang serupa? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: Engadget






