More

    Beberapa pra-tempah Samsung Galaxy S22 tiba sebelum tarikh penghantaran

    Pada 9 Februari lepas, siri Samsung Galaxy S22 telah diumumkan dalam acara Galaxy Unpacked 2022. Buat masa ini, peranti hanya tersedia untuk pra-tempah kerana Samsung akan memulakan penghantaran pada 25 Februari manakala bagi model Samsung Galaxy S22 Ultra dan seawal Mac untuk model Samsung Galaxy S22 dan S22 Plus.

    Walau bagaimanapun, sesetengah pelanggan telah pun mendapatkan peranti baharu ini seperti yang dinyatakan dalam laporan TechRadar. Sumber telah mendedahkan di mana beberapa pengguna telah menyiarkan telefon pintar Galaxy S22 lebih awal daripada yang dijangkakan. Kebanyakannya telah menerima model Galaxy S22 Ultra dan S22 Plus.

    Kami menjangka pelanggan yang memesan peranti sebaik sahaja pra-tempah dibuka akan mendapat peranti mereka terlebih dahulu. Bahagian komen juga dipenuhi dengan pelanggan yang kecewa kerana mereka masih tidak menerima peranti seperti yang dijangka. Sesetengah orang juga telah melaporkan diberi tarikh penerimaan jauh lebih awal daripada tarikh keluaran rasmi pada 25 Februari. 

    Walau bagaimanapun, ini mungkin disebabkan oleh ralat sistem daripada peruncit dan kurier. Untuk mengelakkan sebarang kekecewaana, kami mencadangkan orang ramai menganggap bahawa peranti akan tiba selepas tarikh keluaran rasmi dan bukannya mana-mana tarikh yang telah ditunjukkan sebelum ini.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    Sumber: Techradar 

     

    Artikel Terkini

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Apple Watch Series 12 diumum dengan cip S11, Ceramic Shield 2 dan cas lebih...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Series 12 yang dikuasakan oleh cip baharu S11. Jam tangan pintar ini membawakan rekaan sistem pengesan...

    Apple perkenal AirPods 5: ANC, IP57 dan kawalan gerak kepala bermula RM599

    Apple secara rasmi melancarkan AirPods 5 untuk pasaran Malaysia. Fon telinga jenis terbuka ini hadir dalam dua varian iaitu model standard dan...

    Apple iPhone Duo turut rasmi dengan skrin lipat 7.6″, cip A20 Pro bermula RM9,499

    Apple secara rasmi mengumumkan iPhone Duo sebagai telefon lipat pertama dalam barisan peranti mereka. Peranti ini hadir dengan reka bentuk boleh lipat...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured