fbpx
More

    Beberapa syarikat telko Malaysia kini sediakan pelan internet 1TB bermula RM98 sebulan

    Berikutan pengenalan 5G yang meluas di Malaysia bermula bulan ini, dua syarikat telekomunikasi tempatan yang terkemuka telah memperkenalkan pakej internet mudah alih pertama yang menawarkan kuota internet sehingga dalam jurang terabyte (TB). Ini adalah penting kerana dengan kelajuan pantas yang ditawarkan oleh 5G, anda boleh gunakannya untuk memuat turun fail yang besar walau di mana sahaja anda berada dan tidak perlu lagi bergantung kepada Wi-Fi.

    Syarikat yang pertama adalah U Mobile yang menawarkan pakej U Postpaid, di mana pelanggan boleh dapatkan kuota internet 5G bulanan sehingga 1,000GB (bersamaan 1TB) pada harga RM98 sebulan, tidak termasuk cukai perkhidmatan. Pelan ini telah diperkenalkan sejak bulan Ogos lalu.

    Syarikat kedua pula ialah Celcom yang menawarkan pakej MEGA 188 Celcom dengan kuota internet bulanan sehingga 2,000GB (bersamaan 2TB) pada harga RM188 sebulan. Ini adalah peningkatan yang sangat tinggi berbanding pakej bawahannya, Celcom MEGA 158, yang hanya menawarkan kuota bulanan 100GB pada harga RM158 sebulan.

    Pada asalnya, pelanggan MEGA 188 hanya boleh menggunakan kuota 120GB sebulan, namun dengan pengenalan 5G pada bulan ini, Celcom telah meningkatkan kuota tersebut kepada 2,000GB.

    Peningkatan kuota daripada 120GB ke 2TB untuk Celcom MEGA 188

    Buat masa ini, wilayah yang berada di bawah liputan 5G termasuklah Lembah Klang, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Perak, Pulau Pinang dan Putrajaya.

    Untuk memanfaatkan liputan 5G, anda harus memiliki peranti yang boleh dihubungkan kepada rangkaian tersebut. Perlu diingati bahawa iPhone masih tidak boleh dihubungkan kepada rangkaian 5G Malaysia.

    Adakah anda berminat dengan mana-mana pelan di atas? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    vivo Y100 5G dalam warna oren akan dilancar untuk pasaran Malaysia

    vivo Malaysia telah memperkenalkan telefon pintar kelas pertengahan vivo Y100 5G pada bulan Februari lalu yang ditawarkan dalam pilihan warna ungu dan...

    PROTON ingin anda teka nama EV pertama mereka untuk peluang menangi RM5,000

    Syarikat automotif tempatan PROTON kini sedang menganjurkan satu pertandingan menarik di mana anda boleh teka dan menyahkod nama untuk model kenderaan elektrik...

    Ulike Air10 dilancar di Malaysia: Peranti IPL singkirkan bulu berharga RM1,699

    Ulike memperkenalkan peranti Intense Pulsed Light (IPL) pertama mereka, Ulike Air10 yang dilengkapi dengan fungsi dwi lampu dan mod SHR yang diinspirasikan...

    HONOR Magic6 Pro kini ditawar dalam warna ungu Cloud Purple

    HONOR Malaysia menawarkan pilihan warna baharu untuk telefon pintar andalan HONOR Magic6 Pro iaitu warna ungu Cloud Purple. Telefon ini menampilkan hiasan...

    Kemas kini One UI 6.1 bawa keupayaan Galaxy AI ke lebih banyak peranti Samsung...

    Peminat Samsung di Malaysia kini boleh menikmati ciri Galaxy AI dengan kemas kini One UI 6.1 terkini yang tersedia pada peranti siri...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X