More

    Bekalan PlayStation 5 akan terjejas sehingga akhir 2021 kerana kekangan bekalan cip

    Konsol gaming PlayStation 5 (PS5) merupakan antara peranti elektronik yang paling laris pada 2020, sehingga Sony tidak mampu membekalkan jumlah PS5 yang mampu menyamai permintaan tinggi di seluruh dunia. Kini para gamers yang merancang untuk membeli PS5 pada tahun ini mungkin terpaksa menunggu lagi kerana Sony menghadapi kekangan dalam bekalan cip elektronik dan akan menjejaskan kadar pengilangan konsol itu.

    Sebelum ini, bekalan PS5 tidak dapat menyamai permintaan tinggi kerana pandemik COVID-19 yang telah menjejaskan pengilangan cip elektronik dan memaksa Sony untuk menghasilkan PS5 dengan jumlah yang lebih sedikit. Situasi tersebut akan kekal sepanjang tahun ini, namun CEO Sony Interactive Entertainment Jim Ryan mengatakan pengilangan PS5 akan meningkat pada separuh kedua 2021.

    Situasi ini juga telah membuatkan harga PS5 melambung tinggi, di mana terdapat pihak yang memborong konsol itu sewaktu hari pelancaran dan menjualnya semula dengan harga berlipat kali ganda. Malaysia juga mengalami masalah yang sama, di mana pra-tempahan ketiga untuk PS5 yang bermula pada 19 Februari lalu kini telah pun kehabisan stok.

    Menurut analisis daripada MarketWatch, bekalan cip elektronik akan terus terjejas sepanjang tahun ini, kerana pandemik COVID-19 yang telah menjejaskan pengilangan cip serta permintaan peranti elektronik yang meningkat tinggi sewaktu ramai orang terpaksa bertugas dari rumah. Ini bukan sahaja menjejaskan penghasilan peranti elektronik, malah industri lain seperti permotoran.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: My Smart Price

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...