More

    Bekas pekerja Twitter failkan saman terhadap Elon Musk kerana memecat secara haram

    Perjanjian antara Elon Musk dan Twitter telah disahkan baru-baru ini. Kini, beliau mengawal sepenuhnya Twitter dengan membuat banyak perubahan pada platform tersebut. Salah satunya ialah pemberhentian beribu-ribu kakitangan secara besar-besaran dan semuanya berlaku dalam beberapa hari.

    Ramai pekerja yang kecewa dengan tindakan Elon Musk telah memfailkan saman terhadapnya kerana memecat pekerja secara haram. Tambahan, satu lagi tuntutan mahkamah telah difailkan terhadap Twitter kerana menukar pejabat menjadi bilik tidur dengan membenarkan pekerja tidur di tempat kerja.

    Dalam satu kenyataan, peguam Shannon Liss-Riordan yang membawa salah satu daripada kes ini terhadap Elon Musk berkata bahawa orang terkaya di dunia tersebut percaya dia boleh mengambil semua hak pekerja dan tidak perlu menghormati undang-undang.

    Dia mendakwa bahawa terdapat pekerja tidak menerima pampasan dan faedah seperti yang dijanjikan sebelum pengambilalihan Musk. Tambahnya lagi, ini adalah skim pemberhentian rahsia yang melanggar undang-undang California dengan gagal memberikan pekerja pampasan yang sesuai dan tempoh notis 60 hari.

    Tuntutan lain dibuat sebagai tindak balas kepada permintaan tegas Musk bahawa pekerja harus mengamalkan etika kerja yang kuat atau menerima gaji tiga bulan dan berhenti. Dalam kedua-dua keadaan, ia melanggar undang-undang menurut kenyataan itu.

    Kakitangan yang mengalami kecacatan atau masalah kesihatan menganggap tuntutan untuk kembali ke pejabat sebagai tidak adil. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured