More

    Bajet 2024 Malaysia Madani: Ini semua yang anda perlu tahu tentang aspek teknologi dan pendigitalan

    Pada 13 oktober 2023, bermula jam 4:00 petang, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membentangkan Belanjawan 2024 Malaysia MADANI di Dewan Rakyat. Pembentangan tersebut boleh ditonton secara langsung seperti yang telah disenaraikan dalam artikel sebelum ini.

    Kerajaan telah bersetuju untuk mengeluarkan sejumlah besar dana dan mencadangkan beberapa perkara yang boleh meningkatkan teknologi dan pendigitalan di Malaysia. Belanjawan 2024 bertemakan ‘Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat’ adalah belanjawan kedua yang dibentangkan oleh Anwar sejak menjadi Perdana Menteri pada 24 Nov 2022.

    Berikut merupakan antara intipati Belanjawan 2024:

    1. Kerajaan sasar kedudukan 20 teratas bagi Ekosistem Syarikat Pemula Global menjelang 2030, selain menjadikan Kuala Lumpur sebagai hab industri digital dan syarikat pemula bagi rantau Asia Tenggara
    2. Kerajaan peruntuk RM60 juta bagi CyberSecurity untuk bangun Rangka Kerja Pengujian Keselamatan Siber 5G, kepakaran tempatan terhadap teknologi siber
    3. Sejumlah RM510 juta tersedia sebagai dana penyelidikan dan pembangunan (R&D) di bawah Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi serta Kementerian Pendidikan Tinggi
    4. RM25 Juta – Memperkasa Peranan Pusat Ekonomi Digital di setiap DUN akan terus diperkasa bagi menyokong pengusaha kecil di peringkat komuniti menjual produk secara dalam talian.
    5. RM60 Juta – Dana Kandungan Digital untuk mempromosi karya tempatan dan menyokong kandungan berteraskan nilai kenegaraan.
    6. RM20 Juta – Penubuhan pusat pengajian kecerdasan buatan pertama negara iaitu Fakulti Kecerdasan Buatan (AI) di Universiti Teknologi Malaysia.
    7.  RM20 Bilion – Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP) akan menjamin sehingga 80% pinjaman PKS khususnya bidang ekonomi hijau, teknologi dan halal.
    8. Rebat RM2,400 beli motosikal elektrik – Kerajaan memperkenalkan Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik kepada rakyat berpendapatan tahunan RM120,000 ke bawah dengan pemberian rebat sehingga RM2,400 kepada pembeli.
    9. RM100 Juta – Geran pendigitalan sehingga RM5,000 untuk manfaat lebih 20,000 usahawan PKS dan pengusaha mikro.
    10. RM900 Juta – Galakan kepada PKS meningkatkan produktiviti perniagaan melalui automasi dan pendigitalan. 
    11. RM40 Juta – Pelaksanaan Program Shop Malaysia Online bagi menggalakkan peniaga kecil khususnya dalam bidang makanan untuk berniaga dari rumah

    Adakah anda bersetuju dengan tindakan kerajaan dalam Belanjawan 2024 ini dan mempunyai cadangan lain? Beri pendapat anda di Facebook  dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Portal rasmi Kementerian Kewangan

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...