More

    Belanjawan 2025: Pengumuman yang mempengaruhi industri teknologi dan EV Malaysia

    Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim petang semalam telah membentangkan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat termasuk beberapa pengumuman dasar utama daripada Kerajaan Persekutuan. Ini termasuk pemansuhan subsidi RON95 dan subsidi RM2,400 untuk rakyat Malaysia yang layak membeli motosikal elektrik.

    Disebalik kedua-dua pengumuman ini, terdapat pengumuman dalam Belanjawan 2025 lain yang berkaitan dengan industri teknologi dan EV di Malaysia. Berikut ialah senarai dasar penting yang perlu anda ketahui yang secara langsung dan tidak langsung akan mempengaruhi industri EV:

    • Gaji minimum akan dinaikkan daripada RM1,500 sebulan kepada RM1,700 sebulan mulai 1 Februari 2025
    • Insentif padanan KWSP i-Saraan dinaikkan kepada 20% daripada 15% dengan had tahunan maksimum RM500 dan had seumur hidup RM5,000. 
    • Caruman KWSP adalah wajib bagi pekerja asing dan akan dilaksanakan secara berperingkat
    • Peruntukan program Sumbangan Tunai Rahmah dan Sumbangan Asas Rahmah meningkat kepada RM13 bilion daripada RM10 bilion yang memberikan manfaat kepada 9 juta penerima atau 60% daripada populasi dewasa di Malaysia
    • Laluan pejalan kaki dan tempat letak kereta sepanjang 5km di Putrajaya akan dipasang dengan solar atas bumbung sebagai sebahagian daripada usaha transformasi bandar rendah karbon
    • UEM Lestra dan TNB akan melabur RM16 bilion untuk menaik taraf grid dan menyahkarbon kawasan perindustrian
    • Peruntukan Dana Mudahcara Peralihan Tenaga Nasional meningkat kepada RM300 juta daripada RM100 juta dalam Bajet 2024
    • Permohonan peruntukan kuota solar atas bumbung di bawah pemeteran tenaga bersih (NEM) dilanjutkan sehingga 30 Jun 2025
    • eRebat sehingga RM70 juta diperuntukkan untuk pengguna dan industri yang membeli produk cekap tenaga
    • Program Skim Pembiayaan Teknologi Hijau diteruskan sehingga 2026 menelan belanja RM1 bilion 
    • Sebahagian daripada hasil jualan plat nombor khas akan disalurkan kepada subsidi lesen motosikal kepada 15000 belia yang kurang berkemampuan, menyediakan tiket penerbangan untuk 60000 pelajar universiti yang kurang bernasib baik dari Sabah dan Sarawak dan mengagihkan topi keledar secara percuma kepada 67,000 keluarga berpendapatan rendah
    • Perniagaan yang mengguna pakai e-invois akan layak mendapat elaun modal dipercepatkan yang dikenakan untuk perbelanjaan yang berkaitan dengan pembelian peralatan ICT, pakej perisian dan yuran perundingan
    • Fungsi dan pengalaman pengguna MyDigital ID akan dipertingkatkan
    • Agensi Keselamatan Siber Negara akan menerima peningkatan peruntukan bajet sebanyak RM10 juta
    • Rang Undang-undang Keselamatan Dalam Talian akan digubal untuk menangani kebimbangan yang semakin meningkat mengenai buli siber
    • Semua kaunter kerajaan mulai 2025 akan menggunakan ‘sistem iPayment’ yang dibangunkan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia sebagai platform pembayaran tanpa tunai
    • Kerajaan mencadangkan cukai 2% ke atas pendapatan dividen melebihi RM100,000, berkuat kuasa dari tahun taksiran 2025
    • SST akan dilaksanakan dengan lebih progresif dan dengan cara yang tidak membebankan orang ramai dengan perluasan berkuat kuasa mulai 1 Mei 2025

    Kongsi pendapat anda tentang Belanjawan 2025 ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Parlimen Malaysia

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...