More

    Beli 1 Percuma 1 – Miliki siri Mi Note 10 anda, promosi bermula sekarang hingga 31 Mac ini!

    Berita gempar untuk mata-mata yang sudah lama memerhati dan ingin memiliki siri Mi Note 10, tetapi hajat masih tidak kesampaian! Xiaomi kini melangsungkan promosi Beli 1 Percuma 1 untuk setiap pembelian siri Mi Note 10. Jika sebelum ini anda merasakan harganya agak tinggi, kini anda boleh mendapatkan dua buah peranti dengan satu harga.

    Jika anda membeli Mi Note 10 (varian RAM 6GB + ROM 128GB) dengan harga RM2,099, anda akan mendapat sebuah Redmi 7 yang bernilai RM459 secara percuma! Jika anda membeli Mi Note 10 Pro (varian RAM 8GB + ROM 256GB) dengan harga RM2,499, anda akan mendapat Redmi 8A yang bernilai RM459 juga secara percuma! Menarik bukan?

    Anda boleh mendapatkannya secara luar talian di Mi Stores seluruh negara, sementara stok masih ada. Promosi ini berlangsung bermula hari ini, 6 Mac sehingga 31 Mac. Sepintas lalu, siri Mi Note 10 merupakan telefon pintar pertama yang hadir di pasaran teknologi dengan kamera penta 108MP!

    Adakah anda bakal menyambarnya? Beritahu kami di laman Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita promosi telefon pintar terkini.

    Sumber: Xiaomi Malaysia

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...